Dear Zaara (Bab 1)

885 60 1
                                    

BAWANG putih. Bawang merah. 

Cili kering. Cili boh.

Serbuk kari. 

Ubi kentang. 

Ayam segar. 

Okeh, semua checked! Zaara senyum sendiri. Bersemangat dia singgah di Tesco selepas pulang dari COD burnt cheese cakenya yang viral tu sebab nak masak sedap-sedap untuk makan malam. Sampai di rumah tadi, Ian belum sampai lagi. Sempatlah dia bertarung di dalam dapur sementara tunggu Ian balik. 

Tell me, have you seen the sunset,

Turn into a sunrise?

Kiss right through the night?

‘Cause we should try that sometime,

Hold you till the morning,

And if I said I’m falling,

Would you just reply, 

I know you are, but what am I?

Sambil memasak, Zaara menyanyi lagu hit yang dia selalu dengar di corong radio. Hentam ajelah tak tahu lirik betul ke tak, yang penting suara masih merdu. 

“Masak apa?”

Terkejut Zaara sampai hampir terlepas sudip di tangan. Suara Ian begitu dekat padanya. Bila dia berpaling, Ian sudah ada di sebelah. Panjang leher nak tengok apa yang Zaara masak dalam periuk. 

“Awal balik hari ni.” Zaara mengurut dada. Soalan Ian dibiarkan tak berjawab. Terkejut satu hal. Bergetar jiwa raga satu hal terutamanya bila jarak dia dan Ian tak sampai sekaki. 

“Malam ni ada dinner dengan Datuk Borhan. Temankan saya. Lepas Isyak kita pergi.” Ian merungkai ikatan di leher dan berlalu ke peti sejuk.

“Laaaa…kenapa tak cakap awal-awal. Saya dah masak dah ni.”

“Yang awak rajin sangat kenapa? Saya tak pernah pun suruh awak masak.” Air sejuk diteguk Ian rakus. 

Zaara menarik nafas dalam. Ya, betul. Part tu dia tak pernah lupa. Ian tak pernah suruh dia memasak dan Ian tak pernah sentuh apa yang dia masak. Cuma dia saja yang rajin dan tak pernah berputus asa. Berharap agar satu hari nanti Ian sudi mencuba walau sesudu. 

“Saya tak nak pergi, awak aje yang….”

“I don’t give you any option, Zaara. Finish whatever you’re doing and get ready after Isyak.” 

Seperti biasa, Ian hanya tahu mengarah. Tak pernah walau sekali pun Zaara berhak bersuara, semuanya Ian yang tentukan. Melihat wajah tanpa perasaan Ian yang memandangnya, dia mengangguk lemah. 

“Saya masak daging masak kicap. Nak try?” Zaara mencuba nasib. Masa yang sama nak ubah suasana yang sudah mula berubah tegang di antara mereka berdua. 

“No, thanks.” 

Ian keluar meninggalkan sang isteri di dapur. Mujurlah Zaara bukan jenis yang memaksa atau memujuk sampai dia naik angin. Rasanya tak wajib pun untuk mencuba masakan Zaara. Zaara bukan yang istimewa di hati, jadi kalau tak payah jaga sangat hati Zaara pun tak apa. Itu takkan membuatkan dia rasa bersalah pada sang isteri. 

Yang Ian tak sedar, dia membuatkan Zaara diulit kecewa dan terkaku sendiri. Baru hati berbunga sebab Ian balik lebih awal daripada biasa, rupanya ada arahan dari Ian yang dia perlu patuhi seperti sebelum ini.  

Temankan saya pergi majlis. 

Temankan saya pergi melawat. 

Temankan saya…

Dear ZaaraOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz