Dear Zaara (Bab 3)

538 49 4
                                    


BAB 3

TERGESA-gesa Ian keluar dari biliknya. Tali leher masih belum berlilit kemas, begitu juga dengan butang kemeja yang masih terbuka di bahagian atas.

"Good morning."

"Oh, shit!"

Dia punyalah terkejut Zaara terpacak di depan bilik sebelah. Muka mamai tu tak adalah menggerunkan, tapi rambut panjang Zaara yang mengurai tu yang nampak macam cik ponti salah rumah.

"Tak kerja ke hari ni?" Salam pagi Zaara dibalas Ian dengan soalan.

"Awal lagi. Baru jam 6.30." Zaara menggeliat dan menggosok mata.

"Malam nanti jangan tunggu. I will be late." Ian menuruni anak tangga. Dia perlu cepat untuk berjumpa dengan Adiya. Sang kekasih dah makin buat perangai. Bila dah demam teruk pun masih berdegil tak nak berjumpa doktor.

"Hmm..." Zaara sekadar menghantar dengan pandangan mata. Tak pernah Ian pergi kerja seawal ini. Tapi dari mata kasar nampak macam orang lambat yang mengejar masa. Nak tanya lebih, takut angin Ian bertukar jadi puting beliung.

Fikiran Zaara mula terfikir tentang apa yang terjadi semalam. Lepak di sofa. Browse tentang Ian dari pakcik Google. Lepas tu pagi ini bila terbangun dia dah terbaring elok di atas katil. Beberapa ketika kemudian, baru dia tersedar satu perkara.

Ian!

Cepat-cepat dia turun ke tingkat bawah. Hampir terjelepuk bila kaki melangkah satu anak tangga semata-semata sebab tak nak Ian pergi dulu sebelum dia mengucapkan sesuatu.

"Ian, wait!"

Ian yang baru mahu masuk ke dalam perut kereta berpaling dengan dahi berkerut.

"Ada apa?"

"Thank you for last night." Terima kasihlah sebab tolong angkat dia naik sampai ke bilik. Sekurang-kurangnya Ian tak kejam meninggalkan dia tidur seorang diri di sofa sepanjang malam.

Ian senyum nipis. Tak tahu kenapa dia tak marah macam biasa, malah rasa geram pada Adiya hilang sebaik melihat wajah cantik Zaara di depan pintu. Betullah cakap mama, wajah Zaara ni macam mana pun tetap cantik.

"Lain kali kalau ada apa-apa awak nak tahu, tanya aje. You won't get anything from Google."

Damn! Zaara menayang senyum. Angguk tak, geleng pun tak. Tak payah back up diri sendiri. Tak jalanlah. Ian pasti nampak skrin telefonnya semalam. Telefon tu kadang-kadang macam dia nak tukar aje kepada yang baru. Kalau datang waktu hang tak bertempat dia, sampai ke sudahlah tak autolock atau skrin bertukar jadi gelap kecuali off lepas tu on balik.

Melihat Ian masuk ke dalam kereta, dia melambaikan tangan. Biarpun hanya senyuman nipis, itulah pertama kali Ian melempar senyum untuknya di waktu pagi. Berbunga rasa hati. Agaknya mungkinkah akan ada harapan untuk mereka berdua bahagia macam pasangan berkahwin yang lain?

Bila kereta Ian mula mengundur keluar, Zaara berpaling untuk masuk semula. Namun entah di mana silapnya, kaki tersadung di pasu bunga kecil di tepi tiang.

"Oh mak kau, Kiah!"

Elok tubuh bergolek Zaara menghempas lantai. Sakitnya ya ampun, tak dapat diungkap dengan kata-kata. Hampir keluar air mata menahan perit di punggung dan kaki. Dalam dia berusaha untuk bangun, ada tangan kekar yang terlebih dahulu mendapatkannya.

"Mata letak kat mana Puan Zaara? Dalam baju?" Ian bertinggung di hadapan Zaara. Tubuh isteri dibelek sebelum mata singgah di kaki kanan Zaara yang sedikit memerah. Panik sekejap tengok Zaara bergolek macam buah nangka.

Dear ZaaraOù les histoires vivent. Découvrez maintenant