DEAR ZAARA (Bab 2)

618 43 0
                                    

KALAU semalam makan bersama Datuk Borhan, malam ini mereka berdua singgah di rumah keluarga Ian sebab mommy ajak makan sekali. Zaara tak cakap banyak, kalau Ian okey dia pun okey aje.

Dari mereka berdua sampai tadi, Zaara asyik 'melekat' dengan mommy sebab dia malas nak bermesra alam dengan yang lain. Tak tahu pulak ada saudara mara Ian datang sekali. Kalaulah dia tahu, dia sanggup buat-buat sakit perut dekat rumah semata-mata sebab mahu mengelak.

"Mmm, sedap! Nanti minta resipi boleh?" Berselera Zaara makan begedil tauhu yang mommy baru goreng. Panas pun panaslah, dia hentam aje masuk mulut. Yang penting sedap, malah jauh lebih sedap dari yang dijual di kedai.

"Senang aje. Zaara google pun boleh. Tapi nantilah mommy bagi resipi. Ini memang salah satu kegemaran Ian."

Owhhh, baru tahu. Selama ni mana Zaara pernah tanya apa makanan kegemaran Ian, silap hari bulan dia yang kena makan.

"Zaara dengan Ian okey?" Aida bertanya. Tengok muka menantu yang tampak bahagia, dia yakin hubungan Ian dan Zaara sangat baik. Saja dia nak tanya sebab nak dengar dari mulut Zaara sendiri.

"Okey. Ian layan Zaara baik sangat." Mulut Zaara masih penuh dengan makanan. Layanan Ian taklah 'heaven' sangat umpama sayang setinggi gunung seorang suami pada isteri.

Ian yang kedekut dengan senyuman. Yang tak pernah ajak dia berbual kosong dekat rumah. Belum lagi kalau masuk bab Ian bad mood lepas pulang dari kerja. Singa betina yang tengah PMS pun kalah.

Tapi Ian masih mengambil berat tentang dia dan Ian sedar dia masih tanggungjawab lelaki itu, itu pun dia dah cukup bersyukur. Tapi soal Ian jatuh cinta ke tak pada dia, itu susah nak cakap.

Makin sejuk hati Aida dengar. Bahu Zaara dipeluk erat.

"Mommy tahu kami tak salah pilih menantu. Siapa yang takkan jatuh sayang pada anak sebaik Zaara."

Pertama kali melihat Zaara di Zurich lagi, Aida memang sudah tertawan. Nak sangat dia jadikan Zaara sebagai menantu. Malah semuanya berjalan lancar bila pinangan untuk Ian diterima pihak Zaara tanpa halangan.

Zaara tersenyum. Bukan nak memuji diri sendiri, tapi memang semua yang mengenalinya akan menyukainya. Malah kalau dikira, bersusun lelaki yang ingin mendampingi tapi dah tersurat jodoh dia dengan Ian. Tak tahulah Ian ni sebenarnya lelaki dari planet mana. Ian saja yang tak pernah jatuh cinta padanya jika nak dibandingkan dengan yang lain. Jadi tak tahu sampai bila perkahwinan mereka berdua akan bertahan.

Selesai membantu mommy di dapur dan menghidangkan makanan di ruang makan, lebar senyuman Zaara bila Ian datang dekat dan mengambil tempat di sebelahnya.

"Mommy ke yang masak semua ni?" Bersinar mata Ian. Ayam masak merah. Daging masak hitam. Petai sambal. Macam-macam ada. Tekak Melayu sungguh dan hampir semua adalah lauk kegemarannya!

"Zaaralah. Mommy assistant aje."

Tangan Ian yang menyenduk nasi ke pinggan Zaara statik sesaat dua. Pandangan mata menala pada Zaara yang menyimpul senyum. Lebih tepat lagi, senyuman yang tak berapa manis di pandangan matanya. Mungkin Zaara risau dia tak menjamah mana-mana yang terhidang. Ya lah, dekat rumah mana dia pernah rasa, sentuh pun tak.

"Tambah nasilah kalau macam ni." Ian berseloroh. Nasi disenduk ke pinggan Zaara dan akhir sekali ke pinggan sendiri.

Sepanjang makan, Ian tak banyak cakap. Ada jugak sekali dua dia sendukkan lauk untuk Zaara. Dalam hati melambung tinggi pujiannya pada masakan Zaara. Tapi nak puji depan-depan dia malu pulak. Ego seorang IanYusuff yang setinggi langit manalah nak dilawan.

Dear ZaaraWhere stories live. Discover now