Pengenalan watak

70 3 0
                                    


Camella Hana ~ Mel

Mel merupakan seorang anak manja kepada kedua-dua ibu bapanya. Mel lahir dalam keluarga yang bahagia dan ceria.

Namun,segalanya berubah apabila kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan yang mengerikan.
Selepas kejadian itu, Mel dihantar ke rumah anak yatim oleh Puan Diana iaitu kakak kepada ibunya yang merupakan makciknya sendiri. Dia mengganggap Mel sebagai beban di dalam hidupnya.

Setelah mencapai usia 18 tahun, Mel meninggalkan rumah yatim dan memulakan kehidupnya sendiri. Mel memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM dan dapat melanjutkan pelajarannya ke peringkat universiti. Semasa menuntut ilmu di universiti, Mel terpaksa bekerja sambilan di restoran dan di kedai 24 jam untuk membiayai yuran universiti dan segala keperluan hariannya.

Mel tinggal di sebuah apartment kecil. Dia tinggal bersama rakan baiknya iaitu Nurul Farisha.

Mel merupakan seorang gadis ayu, pintar dan baik hati. Dia disenangi oleh orang disekelilingnya kerana dia merupakan seorang yang sopan dan menghormati orang lain.
______________________

Airil Isaac ~ Airil

Airil merupakan seorang jutawan apabila ayahnya mewariskan syarikat milik keluarga kepadanya. Pada usia muda, Airil telah menjadi Ceo Isaac Holding. Isaac Holding bukan sahaja telah menempah nama di Malaysia malah juga di luar negara.

Kehidupannya yang mewah dan ketampanannya menarik ramai perhatian. Ramai wanita di luar sana yang menggila-gilakannya.

Namun, Airil tidak percaya akan cinta kerana dia pernah terluka. Dia pernah ditinggalkan oleh tunangnya sendiri iaitu Kirana Sahida apabila tunangnya itu telah berjaya merampas sejumlah wang darinya dan lari bersama lelaki lain. Semenjak itu, Airil tidak lagi percaya akan cinta dan menggaggap semua wanita di dunia ini adalah sama iaitu ingankan harta semata-mata.

Airil merupakan jejaka yang tampan dan tegas. Dia sangat digeruni oleh orang disekelilingnya terutamanya para pekerjanya di pejabat.

Dia juga merupakan seorang yang tetap dengan pendiriannya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jangan lupa vote dan Comment guys💞

Please support.. This is my first story😘


















Biarkan Aku PergiWhere stories live. Discover now