Chapter 8

3K 104 0
                                    

You need to be here, by my side. Always be here with me
- Darren Luthfan
____________________________________

Raisha menghulurkan air kepada aku, bibir mengucapkan terima kasih kepadanya dan juga Tengku Darren

"Jadi, ada apa-apa yang belum dibeli?" Soal Tengku Darren kepada kami berdua, aku dan Raisha saling berpandangan. Sebenarnya ada sesuatu yang perlu dibeli, tetapi aku menyuruh Raisha supaya diam. Tengku Darren menyuruh aku beli beberapa helai tudung bawal, tetapi aku tak mahu

Bukan apa, aku dah ada banyak tudung bawal dekat rumah

"Tak ada"

"Ada"

Aku menggigit bawah bibir apabila Raisha menjawab 'ada' kepada Tengku Darren, eh minah ni aku dah suruh diam. Masih aje dia bongkarkan rahsia!

Lelaki itu menjongket sebelah keningnya, hairan dengan jawapan yang kami berikan. Aku ukir senyuman. "Semuanya dah beli, tudung, baju dan beg sekali. Betul kan Kak Raisha?" Aku mencubit pehanya dibawah meja membuatkan perempuan itu terjerit kecil

Pantas dia mengangguk. "Ya boss, semua dah beli. Total hari ni RM 26 700.00 untuk barangan yang boss suruh saya beli pada Cik Maya" Ujar Raisha lalu menyerahkan kembali card credit kepada Tengku Darren

Wajah lelaki itu langsung tidak terkejut bila mendengar harga itu, hanya tenang dan tidak beriak seperti biasa. Lama kami bertiga mendiamkan diri, Raisha mencuit lenganku membuatkan aku menoleh kepadanya. Dia menghulurkan telefon pintarnya kepada aku, tangan terus mencapai telefon itu dengan berhati-hati. Habis lah aku kalau telefon berjenama Iphone 13 Pro Max iu jatuh, membulat anak mata aku melihat gambar yang ditunjukkan oleh Raisha itu

Gambar aku dan Tengku Darren yang sedang menatap antara satu sama lain, aku yang sedang tersenyum manis kepadanya dan Tengku Darren yang memandang aku dengan tatapan yang penuh romantis. Jika orang lain tengok gambar ni, memang kami akan di cop pasangan suami isteri yang sangat romantik!

Aku ketap gigi memandang Raisha yang sedang tersengih, dia mendekatkan bibir pada telinga aku yang berlapikkan dengan tudung. "Nampak macam suami isteri kan? Maya tahu tak, abang yang jaga cashier tadi tanya dekat saya. Boss tu suami pada Maya ke? Lepas tu saya jawablah, belum jadi suami isteri. Tapi in sya allah akan jadi bakal suami isteri yang sangat romantis suatu hari nanti" Raisha mengukir senyum nakal membuatkan tangan aku mencubit geram lengannya, aku harap Tengku Darren tak dengarlah perbualan kami!

Baru sahaja aku ingin delete gambar itu, Raisha terus merampas telefon itu. Dia siap goyang jari telunjuk lagi kepada aku tanda no, no and no. Aku memutarkan mata keatas, sakit pula hati kita. Hari ni memang aku asyik kena sakat aje dengan si Raisha ni

"Ehem!"

Dengan serentak kami berdua mendongak memandang Tengku Darren yang sudah menutup laptopnya, anak mata lelaki itu menatap aku. Seolah-olah ingin menyalur kan satu perasaan yang aku sendiri pun tak pasti, seketika lelaki itu mengerling pada jam tangan mahalnya sebelum dia bangun daripada duduk

"Dah pukul 8:30 minit pagi, kita akan balik ke office dulu. Aku nak siapkan beberapa kerja lagi, jam dua nanti kita akan pergi ke Sepang untuk meeting dengan Tan Sri Azizi"

"Baik boss"

.

.

.

Sekejap menoleh ke kanan, sekejap menoleh ke kiri. Jujur aku cakap aku tak tahu nak buat apa sekarang, aku berada di dalam bilik kerja Tengku Darren dan lelaki itu benar-benar berada dihadapan aku.

"Erm.. apa yang saya perlu buat untuk hari pertama ni, Tengku Darren?" Tanya aku untuk memecahkan kesunyian, rasanya dah lima belas minit aku duduk depan dia ni tapi dia buat aku macam tak wujud!

Lelaki itu tidak menjawab pertanyaannya, mata Tengku Darren masih tertumpu pada MacBook yang berada diatas meja officenya. Apa yang dia buat aku pun tak tahu, fokus benar lelaki ni tentang kerjanya. Mesti Tengku Darren seorang yang cerewet kan?

Baru sahaja aku ingin membuka mulut untuk bertanya lagi, anak mata helang itu menyambar tepat pada anak mata aku. Serta merta lidah aku kelu, mata bertentang mata. Orang cakap dari mata turun ke hati, tapi sekarang dari mata rasa nak di tonyoh-tonyoh cili padi dalam mata lelaki itu

Geram! Aku dah tanya tiga kali soalan yang sama pada Tengku Darren, tapi mamat ni tak jawab langsung! Dia juga yang suruh aku duduk dalam bilik dia, katanya nak bercakap tentang kerja. Bila aku dah ada depan dia, dia buat aku macam tak wujud pula! Boleh tahan lama juga lah aku berdiri depan dia yang tengah buat kerja tu!

Namun bulu roma aku terus menegak bila lelaki itu mengukir senyuman misteri, okey ini seram! Dah kenapa tiba-tiba aje senyum macam tu dekat aku? Tengku Darren bangun daripada kerusi empuknya itu, aku memerhati lelaki itu yang sedang menapak beberapa langkah mendekati aku yang berdiri

Tengku Darren berdiri betul-betul di hadapan aku sambil kedua-dua belah tangannya dimasukkan kedalam poket seluar yang berwarna coklat itu, aku teguk air liur dengan kesat. Weh, dah kenapa mamat ni tiba-tiba berdiri dekat dengan aku ni?

Bau wangian yang dipakai oleh Tengku Darren mencucuk kedalam rongga hidung, aku memberanikan diri untuk mendongak memandangnya yang tinggi lampai itu. Serta merta dada berombak laju apabila Tengku Darren turut memandang tepat pada anak mata aku, aduhai boss aku ni memang suka buat eye contact ke macam mana?

"Hmmm... Kau betul-betul nak tahu apa yang kau perlu buat hari ni?" Tanya lelaki itu kepada aku, argh suara husky nya itu membuatkan lutut aku hampir bergetar

Aku hanya diam, mengangguk kepala tidak dan menggeleng kepala juga tidak. Aku memberanikan diri untuk membalas renungan mata Tengku Darren, ya Allah cantiknya mata lelaki yang ada dekat depan aku ni

"Bila orang tanya tu jawab, Cik Maya" Suara lelaki itu kembali menyapa telingaku, aku kemam bibir. Dapat aku lihat anak mata lelaki itu jatuh kebawah, memandang bibir aku

Okay... Ini lagi seram!

"Aaa.. apa dia?" Soalku, aduhai Maya Darena! Kenapa kau tergagap-gagap ni, tak pasal-pasal Tengku Darren fikir yang bukan bukan!

Lelaki itu mengukir senyuman sesaat sebelum senyuman dimatikan, Tengku Darren mula menapak lagi membuatkan aku terpaksa mengundur beberapa tapak kebelakang hingga terhalang oleh meja. Eh mamat ni, dekat-dekat pula?

Tengku Darren meletakkan tangan kiri dan kanannya diatas meja membuatkan aku terkurung didalam perangkapnya, aku teguk liur sebelum aku memandangnya. Apa boss aku nak buat ni? Awas dia kalau dia macam-macam dengan aku eh, silap silap boleh masuk ICU kalau dia buat benda yang bukan-bukan pada aku!

Tengku Darren membongkokkan badannya membuatkan kepala aku perlu terundur ke belakang, anak mata hazel itu menatap lembut wajahku. Dia mendekat kan bibirnya perlahan-lahan ke telinga aku yang berlapikkan dengan tudung shawl, jantung aku dah tak keruan. Hampir melompat keluar gamaknya!

Dapat aku rasakan deruan nafasnya yang menyapa ditelinga aku. "Kau nak tahu apa yang kau patut buat hari ini kan?" Sekali lagi dia bertanya, zupp! Bulu roma aku menegak sekali lagi, perlahan-lahan kepala dianggukkan kepadanya

"You need to be here, by my side. Always be here with me..." Tergamam aku seketika bila mendengar kata-kata lelaki itu, dada aku turun naik kerana terlampau cemas dengan posisi kami sekarang. Tambahan pula suara garau dan seksi Tengku Darren yang menyapa gegendang telinga itu

"As a personal assistant, nothing more"

Entah apa yang aku perlu rasa sekarang, aku pun tak tahu. Bibir lelaki itu ukir senyuman smirk seketika sebelum dia kembali menegakkan badannya, lelaki itu duduk kembali diatas kerusinya yang empuk itu. Aku masih lagi tergamam disini, otak aku masih lagi jammed

Itu aje yang dia nak cakap? Lagi satu, dia memang sengaja nak sakitkan hati aku ke macam mana?! Wajah tidak berpuas hati di tayangkan kepada lelaki itu, jelas sekali Tengku Darren hanya menayangkan wajah selambanya

Makin panas pula hati aku!

____________________________________

Tajuk : The Last Love
Tarikh : 07/01/23
Tiktok : nur.camelia (silakan follow ^^)

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now