Chapter 40

2.9K 77 3
                                    

Thank you for being my unpaid therapist.
- Adriane Dayana
____________________________________

Aku memandang sepi semua barang yang telah dibeli oleh Tengku Darren, telefon di capai lalu aku membuka safari. Kalau aku masak nanti risau tak sedap aje, macam mana ni?

"Cara-cara membuat tomyam" Gumamku sendirian, untung saja Tengku Darren tak ada sekarang. Dia masih dekat tingkat atas untuk menunaikan solat, bagus lima markah untuk dia sebab jaga solat!

"Cik Maya buat apa tu?" Teguran seseorang itu membuatkan aku tersentak, aku dongak kepala memandang Abang Mat yang tersenyum. Aku membalas senyumannya

"Tengku Darren suruh saya tolong masakkan tomyam untuk dia, masalahnya saya tak pandai masak" Ayat terakhir itu aku perlahankan, risau jika Tengku Darren dengar perbualan aku dengan Abang Mat

Kedengaran lelaki itu ketawa halus, aku mencebikkan bibir. Eh ketawakan orang pula dia

"Nak saya tolong?"

Bersinar anak mata aku mendengar kata-kata Abang Mat. "Tapi Abang Mat pandai masak ke?" Aku bertanya hairan

"Mestilah pandai, selama ni kalau Tuan nak makan tomyam. Abang Mat yang selalu masakkan, sebab Abang Mat dari Thailand" Usai berkata begitu, Abang Mat menjongket keningnya berkali-kali

Mulutku terlopong, okey jatuh saham aku!

"Biar Abang Mat yang masakkan, Cik Maya boleh duduk" Arah Abang Mat membuatkan aku menggeleng, macam mana kalau tiba-tiba Tengku Darren turun?

"Jangan risau, nanti Cik Maya cakaplah yang Cik Maya yang masak semua ni. Tak pun Cik Maya goreng ayam dengan udang tempura tu" Abang Mat memuncungkan mulut kearah dua paket sejuk beku itu, aku mengangguk setuju

Minyak dituangkan kedalam kuali lalu aku membuka paket ayam tempura itu, baru aku perasan yang Tengku Darren membeli ayam tempura yang pedas. Boleh makan ke?

****

Tengku Darren duduk berhadapan dengan aku, bulat matanya melihat setiap hidangan yang ada didepan mata

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tengku Darren duduk berhadapan dengan aku, bulat matanya melihat setiap hidangan yang ada didepan mata. Aku hanya tersenyum kecil, Abang Mat awal-awal lagi dah keluar rumah, katanya tak mahu kantoi dengan Tengku Darren

Silih berganti lelaki itu melihat aku dan juga tomyam, alamak nak kantoi dah ke? Janganlah kantoi lagi, macam mana kalau dia tanya kenapa rasa sama macam yang Abang Mat buat?

"Sedapnya bau" Puji lelaki itu, dia mencapai satu sudu lalu dicedok sedikit kuahnya. Aku hanya memerhati gerak-geri Tengku Darren yang menyua kedalam mulut, terangguk-angguk kepalanya

Aku gigit bibir, risau jika Tengku Darren tahu yang ini adalah masakan Abang Mat

"Sedap ke?" Tanya aku perlahan, Tengku Darren panggung kepala lalu dia ukir senyuman

"Sedap, pandai kau masak"

Tersengih aku dibuatnya, Tengku Darren mencapai ayam tempura yang digoreng oleh aku. Walaupun ada kerak-kerak hangit sikit, okey lah kan?

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now