Chapter 9

3K 99 1
                                    

Just be patience because all things are difficult before they become easy
- Luthfan Darren
____________________________________

Aku hanya mengikuti langkah Tengku Darren, wajah lelaki itu seperti biasa. Serius dan profesional, tak pelik lah kalau dia seorang CEO yang terkenal dengan sikap yang tegas. Tapi bagi aku Tengku Darren ni tak ada lah tegas sangat, muka aje garang tapi dalam hati ada taman

Taman apa? Taman cinta? Ataupun taman neraka? Apa yang kau merepek ni Maya?

Beberapa orang bodyguard turut mengikuti kami berdua masuk kedalam bangunan yang tinggi itu, boleh tahan mewah juga syarikat ni. Tapi LA Darren's masih belum boleh di kalahkan, bukan nak puji syarikat tempat aku kerja. Tapi ini kenyataan, decoration syarikat ini hanya ala kadar saja. Kalau syarikat Tengku Darren, dari A hingga Z semuanya hiasan yang mahal dan elegant

Pekerja-pekerja yang berada didalam bangunan itu menunduk hormat kepada Tengku Darren setiap kali mereka terserempak, ada yang menyapa lelaki itu dengan panggilan 'selamat tengahari boss' ada juga yang bertanya tentang kehadiran aku yang menjadi ekor Tengku Darren sekarang ini

'Sejak bila Tengku kahwin?'

Sejujurnya dah lima orang bertanya soalan yang sama pada kami berdua, ini semua gara-gara Raisha! Patutlah dia beria suruh aku pakai baju colour coklat ni, lupa pula Tengku Darren pun pakai colour yang sama dengan aku! Tak pasal-pasal aku dianggap isteri kepada CEO di syarikat LA DARREN'S yang terkenal itu

'Dia bukan isteri saya, Cik Maya ni hanya personal assistant' Itu sahaja yang Tengku Darren cakap, singkat tapi padat!

Banyak mata yang memerhati kearah aku, ada yang senyum, ada yang lambai-lambai dan ada juga yang sedang berbisik antara satu sama lain. Ceyh, aku dengan crush kau ni tak ada apa-apa lah! Tak perlu nak mengumpat sangat!

"Tengku Luthfan Darren bin Dato' Megat, CEO pada LA Darren's Holding. Nice to meet you" Lelaki yang berumur 50an itu ukir senyuman kepada Tengku Darren dan juga aku, tak silap aku nama dia Tan Sri Azizi kan?

"Nice to meet you too, Tan Sri" Senyuman terukir di bibir Tengku Darren, Tan Sri Azizi mengarahkan kami berdua untuk duduk. Daripada tadi lagi, mata lelaki tua itu tidak lekang melihat kearah aku

Tengku Darren yang perasan dengan mata Tan Sri Azizi itu berdehem kuat membuat kan Tan Sri Azizi tersentak. "Jadi macam mana dengan project kita di Petaling Jaya tu? Kamu setuju tak untuk bergabung dengan syarikat saya untuk bina kilang keluaran tempatan?" Soal Tan Sri Azizi, tangan tua lelaki itu menghulurkan satu dokumen kepada Tengku Darren

Aku hanya diam membisu, sambil-sambil itu aku turut memandang dokumen yang berada ditangan Tengku Darren. Nampak macam menarik aje

"Sebenarnya saya tak kisah untuk bergabung dengan syarikat Tan Sri, tapi boleh saya tanya? Kenapa dalam banyak banyak syarikat di Malaysia, atau lebih tepat di Selangor. Tan Sri memilih untuk bekerjasama dengan LA Darren's? Walhal, kos keuntungan di syarikat saya bukannya tinggi" Serius saja cara percakapan Tengku Darren saat ini, dia menutup dokumen itu lalu diserahkan kepada aku. Dengan teragak agak aku mencapai dokumen itu, erk dah kenapa dia bagi pada aku?

Tan Sri Azizi ukir senyuman. "Apa maksud kamu 'keuntungan syarikat tidak tinggi' ya Tengku Darren? Kamu terlalu rendah diri, LA Darren's adalah satu-satunya syarikat yang mendapat keuntungan tertinggi di Malaysia dan mencecah sepuluh juta dalam masa satu bulan. Wajah kamu yang kacak, dan syarikat kamu yang besar dan mewah itu dah masuk dalam majalah, surat khabar dan televisyen. Kamu fikir saya tak tahu, yang kamu juga tengah usahakan untuk membangunkan syarikat LA Darren's yang kedua di United Kingdom?" Lelaki tua itu ketawa besar

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now