Chapter 55

2.6K 62 4
                                    

Fight it, or accept it. Fear it, or control it.
- Maya Darena
______________________________________

Betul lah orang cakap, kalau datang dekat Switzerland memang wajib datang kesini. Ramai yang sedang meluncur salji, pelbagai aksi yang mereka buat, ada yang melompat sambil meluncur dan ada juga yang tergolek jatuh. Sedaya upaya aku tahan ketawa, hahaha

Eh selamba aje kau ketawakan orang ya Maya? Macam lah kau pandai sangat

Alah, kalau tak pandai pun tak apa. Sekurang-kurangnya suami aku boleh ajarkan, hekhek!

Titlis - Snow and Glacier

Tengku Darren mengetatkan kasut di kaki aku, katanya risau kalau tercabut nanti. Kalau longgar nanti kang tak pasal-pasal aku jadi bola salji gara-gara tergolek dari atas bukit ni, yer dok? Tengku Darren menggenggam tangan aku erat, dia menyuruh aku menggerakkan kaki ke hadapan

Perlahan-lahan kaki digerakkan, bersedia untuk meluncur kebawah. Ini kali pertama aku bercuti ke luar negara, dan siapa sangka? Kali pertama ini aku datang bersama dengan suami, romantik kan?

Apabila papan ski sudah bergerak ke depan, bibir aku mengukir senyuman. "Kalau nak berhenti, serongkan kaki ke kanan ya? Okay sekarang ni Maya pergi dulu, abang ikut dari belakang" Arahnya, pantas aku mengangguk. Tak sabar nak main!

Papan ski itu bergerak semakin laju kerana bukit ini semakin menjunam, badan dipusing ke kanan sedikit untuk mengelak dari terlanggar orang lain. Kang ada yang masuk hospital kang, dah lah harga dekat sini mahal macam nak jual negara ye.

Nasihat untuk orang-orang yang nak datang bercuti di Switzerland, tolong bawa duit lebih sebanyak mungkin. Kalau tak ada duit, pergilah rompak bank negara ataupun kilang cetak duit. Insyaallah sekelip mata aje kaya

Nanti kalau dah dapat, jangan lupa bagi aku separuh.

Mata aku membulat apabila papan ski itu menjadi lebih laju, serta merta badan aku hilang kawalan. "Awak! Macam mana nak berhenti ni?" Jeritku takut, argh lupa pula apa yang suami aku pesan tadi. Itu lah Maya, bila orang cakap kau tak dengar!

Tersentak aku dibuatnya apabila ada seseorang yang memeluk aku dari tepi, serta merta aku dan wanita itu tergolek ke tepi

"Sayang!" Kedengaran suara Tengku Darren kaget dengan keadaan aku, perlahan-lahan mata dibuka. Waa!! Sakitnya punggung aku!!

Benda pertama yang aku nampak ialah seorang wanita, terkelip-kelip mata aku memandangnya. Namun aku tergamam apabila melihat wanita yang menyelamatkan aku tadi

Leona.

Setelah sekian lama dia menghilangkan diri, kenapa tiba-tiba kami boleh terserempak di negara ini? Tengku Darren mendekati aku lalu dia membantu aku untuk bangun, wajah lelaki itu kelihatan cemas. "Maya okey tak? Ada sakit dekat mana-mana ke? Ya Allah, risau abang tengok Maya tadi." Penuh prihatin lelaki itu bertanya, aku mengangguk kepala

"Saya okey, jangan risau." Jawabku sambil mengukir senyuman nipis, pandangan mata Tengku Darren beralih pada Leona yang baru saja bangun. Berkerut dahi lelaki itu, mungkin turut tidak menyangka akan kehadiran bekas isterinya disini

"Leona? What are you doing here?" Sangat kaget lelaki itu bertanya, aku turut pandang wanita itu. Dia hanya tersenyum nipis

"Bercuti.. tenangkan fikiran, tak sangka pula terjumpa dengan pasangan pengantin baru" Balasnya, mata wanita itu memandang tepat pada mata aku sebelum dia mengukir senyuman manis

"Oh by the way.. congratulations! Siapa sangka you kahwin dengan Maya kan?"

Tengku Darren ketawa. "Kalau dah jodoh tak kemana, mana Sara? Dah lama I tak tengok dia, rindu." Kata-kata Tengku Darren itu membuatkan Leona ketawa

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now