Chapter 26

2.7K 74 4
                                    

If you don't know the whole story, shut up your mouth
- Luthfan Darren
____________________________________

Seperti yang dijanjikan oleh Tengku Darren tadi, dia ingin membawa aku ke klinik. Sekarang kami berada di rumah, katanya ingin menyuruh aku mengambil semua pakaian lalu disumbat kedalam bonet keretanya

Aku? Hanya buat bodoh, masih lagi belum keluar dari perut kereta walaupun pandangan mata Tengku Darren sudah mencerlung tajam kearah aku

"Turun lah, pergi ambil barang-barang kau tu" Arahnya. Aku menjegil mata padanya, dia ni tiba-tiba amnesia ke apa? Lupa ke kaki aku ni dah macam orang kena gigit ikan pirana?!

"Saya tak fahamlah dengan awak ni, awak dah ada anak bini dekat rumah. Kenapa awak masih lagi beria dengan perempuan lain eh?"

Ya, aku tahu aku salah sebab menuduh tanpa bukti. Tapi apa yang aku nampak dan aku dengar sewaktu tempoh hari, memang cukup jelas lagi nyata! Budak kecil tu panggil dia 'daddy' dan wanita tu panggil dia dengan panggilan 'sayang'

"Stop that nonesense Maya! Kalau tak tahu apa-apa, jangan tuduh melulu" Suara Tengku Darren naik, tetapi masih ada kelembutan. Aku ukir senyuman

Penuh sinis.

"Jangan jadi lelaki murah boleh tak? Kalau dah ada anak, dah ada isteri dan dah ada keluarga sendiri. Jangan berlakon macam awak ni orang bujang!" Sinis aku berkata, tajam anak mata lelaki itu mencerlung kearah aku

"Saya kesian betul dengan anak awak, apa lah nasib dia dapat ayah yang menggatal dengan perempuan lain!"

"Maya Darena!" Wajah putih Tengku Darren sudah berubah menjadi merah, aku teguk liur. Namun reaksi selamba masih lagi ditayangkan

"What?!" Suara aku turut naik seoktaf, dapat aku lihat dada bidang lelaki itu turun naik. Sekali lagi, aku tersenyum sinis

Pintu kereta dibahagian penumpang belakang dibuka, serentak aku dan Tengku Darren mengerling. Yana yang sedang memasukkan bagasi aku kedalam kereta, bibir gadis itu ukir senyuman pada aku

"If you don't know the whole story, shut up your mouth"

Lelaki itu membisik, aku memutarkan mata keatas. Ingat aku takut ke dengan dia? Sepatutnya dia tu yang takut. Takut dengan Tuhan!

Aku keluar daripada perut kereta dengan perlahan-lahan untuk bersalaman dengan Pak Mat dan Mak Pah, berat rasanya untuk meninggalkan. Ini semua gara-gara lelaki yang berada didalam kereta itu!

"Maya hati-hati tau, kalau ada apa-apa telefon aje kami" Aku mengangguk, mata membuat isyarat pada Yana yang sedang tersengih kerang busuk itu supaya behave!

"Ni lagi satu, Darren. Bawa kereta elok-elok ya, jangan lupa baca ayat qursi dan doa naik kenderaan" Pesanan Pak Mat itu menghasilkan senyuman dibibir Tengku Darren

"Insyaallah pakcik"

.

.

.

Tengku Darren menghantar aku ke klinik terlebih dahulu, puas aku menolak. Dia juga puas memaksa dan akhirnya aku mengalah, malas untuk berperang mulut dengan lelaki ini

Sekarang kami berada di klinik yang berhampiran dengan syarikat Tengku Darren, macam yang aku agak. Aku cuma terseliuh kaki, dan kata doktor kaki aku dah masuk angin. Sebab tu nampak biru macam tu, Tengku Darren yang sedang fokus mendengar apa yang dikatakan oleh doktor itu aku kerling. Macam mana dia boleh masuk dalam bilik rawatan sekali?

Aku dah pesan awal-awal tadi, jangan masuk sebab aku tak mahu doktor itu salah faham. Tetapi dengan selamba makhluk Allah yang bernama Luthfan Darren ni masuk, siap berjebat tangan lagi dengan doktor 40an itu. Huh!

'Tak gentleman kalau aku biarkan kau masuk seorang diri'

Aku buat bodoh aje bila dia cakap macam tu, malas nak layan punya pasal. "Macam mana boleh jatuh ni, Puan Maya?" Soal doktor itu, terkedu aku dibuatnya

Puan Maya?

Sejak bila aku kahwin? Aku kerling Tengku Darren yang berada disebelah, macam biasa lelaki itu hanya tenang

"Dia tergelincir dekat sungai"

Aku gigit bawah bibir bila mendengar keterangan Tengku Darren, ya Allah malu betul aku dibuatnya! Cuba lah bagi alasan yang logik sikit, tak pasal-pasal doktor ni cop aku perempuan nakal sebab pergi mandi sungai

Doktor itu tersenyum

"Dalam beberapa hari lagi kaki Puan Maya akan sembuh, tapi bila dah sembuh nanti Puan Maya jangan melompat-lompat atau tergelincir lagi ya? Kalau tak tulang tu akan retak" Sempat doktor itu bergurau membuatkan aku mencebik, Tengku Darren hanya pula ketawa

"Apa yang lawak?" Bisik aku pada Tengku Darren sambil jelingan maut, serta merta tawa lelaki itu mati. Dia hanya tersenyum sambil memandang aku

"Tiada apa yang serius kan?" Soalku pada doktor itu, terangguk-angguk kepala doktor lelaki itu

Dia membelek fail yang berada diatas meja lalu menghulurkan pada Tengku Darren. "Tak serius pun, tapi kalau Puan Maya mengandung. Bahaya, akan menyebabkan keguguran nanti" Terlopong mulut aku di buatnya bila mendengar kata-kata doktor itu

Eh! Engkau dah lah panggil aku Puan Maya, lepas tu cakap mengandung pula?! Ini dah lebih ni!

"Saya bukan isteri dia" Keras aku bersuara, doktor itu jelas terkejut. Dia memandang Tengku Darren dan aku silih berganti

"Oh ye ke? Maafkan saya Cik Maya, saya ingatkan awak isteri Tengku Darren tadi. Muka nampak macam sama dengan isteri dia"

Semakin panas pula hati aku dibuatnya, doktor ni rabun ke apa? Dah terang lagi bersuluh aku dan isteri mamat ni berbeza, apa yang beza? Aku pakai tudung, dia tak. Aku ada kecantikan aku sendiri, dan dia tak!

"Kalau tak ada apa-apa lagi, saya balik dulu ya?" Tengku Darren bersuara bagi pihak aku, doktor itu mengangguk

"Nanti ambil ubat dekat depan"

******

Aku duduk di kerusi besi itu, mata memandang tepat pada Tengku Darren yang sedang berdiri dihadapan kaunter ubat. Sempat aku lihat jururawat perempuan itu tersengih-sengih pada Tengku Darren

Lelaki itu? Hanya senyum nipis, nampak lah yang dia merasa awkward bila disengih macam kerang busuk oleh perempuan yang tak dikenali

Selepas hampir lima minit, Tengku Darren datang menghampiri aku dengan membawa plastik yang berisi ubat. Dia ukir senyuman kepada aku

"Jom"

Aku masih lagi belum berganjak. Hanya memerhati lelaki itu dari atas ke bawah, dah kenapa dia perlu layan aku macam ni sekali eh?

Sedangkan dia dah ada isteri!

"Maya?" Seruan lelaki itu membuatkan aku tersentak, aku bangun dari kerusi lalu perlahan-lahan berjalan keluar daripada klinik. Dah macam orang kurang upaya aje aku dibuatnya!

"Boleh tak tu?" Prihatin Tengku Darren bersuara, aku hanya buat bodoh lalu menolak pintu klinik itu. Kaki yang berdenyut-denyut itu aku buat bodoh, aku perlu cepat. Malas rasanya ingin bercakap dengan lelaki itu

Namun langkah aku terhenti apabila aku melihat satu susuk tubuh yang amat aku kenal, lelaki iti turut kaku memandang aku. Air mata perlahan-lahan mula bergenang, seorang lelaki yang amat aku rindui.

"Pa.. papa?"

____________________________________

Tajuk : The Last Love
Tarikh : 20/01/23
Tiktok : nur.camelia (silakan follow ^^)

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ