TDLM - bab 49

10.4K 501 7
                                    

Perlahan-lahan Dhiya duduk ke atas kerusi roda yang baru sahaja diberikan oleh Medina dan Kasyaf beberapa hari yang lalu.

Memang terasa seperti menyusahkan mereka kerana perlu mengeluarkan duit untuk membelikan dia kerusi roda tapi perlu diakui bahawa ianya memang memudahkan pergerakannya.

Entah lah, sejak dua menjak ni cepat sangat dia mengah. Jalan ke dapur untuk ambil air juga sudah tercungap-cungap. Setidaknya kurang sedikit penatnya.

Kelihatan sebuah kereta memasuki perkarangan rumah. Dhiya yang boleh melihat sekujur tubuh yang keluar dari kereta mengeluarkan kepala kemudiannya ditarik kembali, mengelakkan dirinya daripada dinampak.

Suara-suara juga mula kedengaran di ruang tamu menandakan sudah ramai yang berkumpul. Tapi dia masih berada di biliknya. Jika kenapa tidak keluar, mungkin kerana tidak biasa.

Atau mungkin lebih tepat jika dikata tidak selesa memandangkan tadi dia lihat adik beradik Kasyaf sudah sampai, begitu juga dengan Puan Azizah sebentar tadi.

Daun pintu yang diketuk mematikan lamunanya. Dia pandang pintu yang sudah dibuka dari luar. Puan Suhaila mendekatinya dengan senyuman nipis. "Dhiya kenapa tak keluar lagi?"

Senyuman weanita itu dibalas nipis. Dhiya rapikan selendang kapas yang bewarna hitam, menolak masuk beberapa helai daun yang nipis ke dalam anak tudung. "Berehat kejap."

Puan Suhailah duduk di hujung katil, bersebelahan dengan Dhiya yang duduk di tepi tingkap panjang. Dia tengok sahaja Dhiya. Memang sudah lain, banyak kehilangan berat badan. Siapa sangka dia yang jauh lebih berumur dari Dhiya adalah lebih sihat berbandingnya?

"Oh ya, aunty. Terima kasih tau untuk kak Lasti. Susah-susah je." Bersama dengan kerusi roda, turut tiba di rumah mereka Lasti, pembantu kepada nenek Medina juga turut tiba.

"Kesian kena jaga Dhiya pula. Lagipun Dhiya tak ada buat apa-apa pun dekat rumah ni kalau Dina dengan Kasyaf pergi kerja. Tidur je, dah bosan Lastri kena tenggokkan Dhiya." Dia sertakan senyuman nipis, menandakan dia bersyukur dengan pemberian yang diperlukan.

Bahu Dhiya disentuh lembut oleh Puan Suhaila. "Itu lah yang bimbang tu. Kalua jadi apa-apa dekat Dhiya masa diaorang pergi kerja macam mana? Bukannya selalu balik on time pun. Kalua Lasti ada, ada juga yang akan teman Dhiya dekat rumah.'

Dhiya angguk kepala kecil. Ada betulnya juga. Setidaknya tidak lah terlalu bosan, ada teman untuk berbicara di rumah. "Terima kasih," lagi.

"Tak ada apa lah. Setakat yang aunty boleh tolong, aunty tolong."

"Dhiya nak keluar tak? Semua dah sampai dah tu. Aunty boleh tolakkan Dhiya ke depan."

Soalan itu membuatkan Dhiya memandang pintu yang tidak ditutup dengan rapat membuatkan suara mereka yang lain kedengaran lebih kuat berbanding tadi. Sebolehnya tidak mahu, tapi nanti apa pula kata orang.

"Boleh juga."

Puan Suhaila bangun dari duduknya, Dhiya melepaskan brek pada kerusi roda lalu ditolak menuju ke ruang tamu. Mereka yang lain sudah berkumpul di ruang tamu, bersiap-sedia untuk bacaan.

Setiba dia di sana, beberapa anak mata memandang Dhiya. Mungkin kerana ini kali pertama pertemuan mereka dengannya dalam keadaan seperti ini, mengetahui akan sakitnya.

Medina mendekati Puan Suhaila, mengambil alih tolakan ibunya, "Tak apa, ibu duduk lah. Biar Medina yang tolong Dhiya." Dia ikutkan saja kata anaknya, mengambil tempat bersebelahan dengan Marissa.

Medina tolak kerusi roda Dhiya dan dihentikan pada hujung permaidani yang dibentang lalu Medina duduk bersebalahannya. Brek keselematan ditarik agar tidak bergerak, bersiap sedia untuk bacaan.

[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now