TDLM - bab 59

11.1K 550 297
                                    

Tersedar dari lenanya apabila cahaya menembusi kelopak matanya. Di muka pintu, Kasyaf dapat melihat Medina memandangnya dengan kekecewaan.

Apabila pandangan mereka bertemu, Medina pusingkan tubuh untuk pergi.

Mulai sedar dengan apa yang sedang berlaku, Kasyaf segera bangun dari katil untuk mendapatkan Medina, meninggalkan Dhiya yang masih tidur.

"Dina, wait." Kasyaf berlari anak untuk meyaingi langkah Medina.

Panggilan Kasyaf diendahkan, empangan mata sudah pecah dan makin melebat. Sungguh hatinya hancur!

"I— I boleh jelaskan—" walaupun sekarang emmang salahnya.

Lengan Medina cuba diraih namun ditarik kasar oleh Medina. Tidak sanggup berada lama-lama di rumah ini. Boleh kenyang makan hati berulam jantung.

Di ruang tamu, Kasyaf kuatkan pegangannya menghalang Medina untuk terus pergi.

"Lepas," kata Medina tegas.

"Tadi suhu Dhiya naik, I—"

"Lepas Kasyaf, lepas!" suara Medina sudah naik tingga hingga bergema di setiap Kawasan rumah.

Mukanya tertunduk, tahu memang dia yang bersalah. Entah bagaimana dia boleh terlelap dia sendiri tidak tahu.

"4 jam I tunggu Kasyaf, 4 jam! Dengan perut macam ni, dengan panas dekat luar tu, 4 jam I tunggu. Macam orang bodoh!" amarahnya dilepaskan.

"I call you macam orang gila, you tak jawab langsung! Kalau I tahu macam ni, dari tadi lagi I balik sendiri."

Menunggu lebih dari 1 jam lagi Medina sungguh berhasrat ingin pulang menaiki Grab. Tapi memikirkan yang mungkin Kasyaf dalam perjalan mengambilnya dan jika dia dalam perjalanan pulang, akan menyusahkan Kasyaf. Lagipun Kasyaf sudah pesan untuk mengambilnya, jadi dia agak berharap.

Akhirnya dia menunggu dan terus menunggu hingga jarum jam menunjukkan ke angka 1 petang. Hanya untuk dia pulang melihat suaminya senang-senang tidur di atas katil.

Telefon dikeluarkan dari poket. Melihat panggilan yang langsung tidak dijawab. Bagaimana boleh dia lupa jika hujung minggu memang dia letakkan telefon dalam mod do not disturb.

"I— I tak sedar, I'm sorry okay."

Maaf? Senangnya Kasyaf bercakap. "You ingat maaf you tu boleh sejukkan hati I?"

"Kita bincang dalam bilik, dekat sini Dhiya boleh dengar. Dia tengah rehat."

Mendengarkan nama itu menambahkan sebal di hati. Dhiya, Dhiya, Dhiya! Semua ini berlaku kerana Dhiya. Sejak perempuan itu datang ke sini, tidak pernah ada satu hari pun dia rasa hubungannya dengan Kasyaf sama seperti dulu.

"You memang tak habis-habis dengan Dhiya. Memang Dhiya je ke yang you kena cara sekarang ni?"

Keningnya berkerut. Medina sudah salah faham. "Apa you cakap ni? Dua-dua I peduli. Tapi Dhiya kan sakit, I kena—"

"I mengandung Kasyaf!" teriakan Medina kali ini lebih kuat berbanding tadi, malahan paling kuat yang pernah sesiapa dengar.

Air mata makin melebat. Biar, biar Kasyaf nampak semua itu. Sudah penat dia makan hati selama ini.

Dan biar Dhiya dengar. Biar Dhiya tahu yang hadirnya sudah mula merobohkan istana bahagia dia dan Kasyaf.

Hanya sakit Dhiya yang Kasyaf peduli. Penat lelah dan sakitnya selama ini? "I mengandungkan anak you." Dia tolak bahu Kasyaf menggunakan jari telunjuk apabil perkataan 'anak you' menegaskan itu adalah keturunan Kasyaf yang sah.

"I tak faham lah kenapa semua orang lebihkan Dhiya. I ni 9 tahun tau tunggu anak, sakit keguguran semua tu. Jadi apa kurang sakit I dengan sakit Dhiya? Sakit Dhiya tu lebih sakit daripada sakit dan kesedihan yang I rasa selama ni ke?"

[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now