TDLM - bab 67

14.6K 533 27
                                    

Pagi itu sementara menunggu Medina dan Mak Su Nora untuk menyiapkan sarapan pagi, Dhiya duduk membuang bosan di balkoni.

Lagipun malam tadi hujan lebat membuatkan pagi ini terasa dingin dengan embun dan persekitaran yang lembap.

Ini cuaca kesukaan Dhiya.

Dhiya tidak mahu mengganggu nereka di dapur kerana ruang yang sempit apatah lagi dia yang menggunakan kerusi roda.

Ruang di dapur akan menjadi terhad.

Perasan akan langsir pintu yang diselak dari dalam, Dhiya angkat muka pandang Kasyaf yang mendekatinya.

Dhiya hadiahkan senyuman dan Kasyaf membalas.

Tangannya menepuk perlahan pada ruang kosong di sebelahnya jadi Kasyaf duduk di situ.

"Buat apa?"

"Tak ada buat apa."

Dengan berani Dhiya lentokkan kepala padu Kasyaf dan Dhiya lingkarkan tangan pada lengan suaminya.

Mereka jarang seperti ini, mungkin kerana masing-masing pernah merasa kekok antara satu sama lain.

Dulu pernah sekali Dhiya letakkan kepalanya pada bahu Kasyaf. Sekali ketika Kasyaf masih berulang alik dari Kuala Lumpur ke Kuantan.

Terasa tubuh Kasyaf mengeras, Dhiya senyum sahaja.

Masanya tidak lama jadi izinkan dia meluangkan masa dengan suami yang dia cintai sepenuh hati.

Jika ditanya apa sebab Kasyaf yang bertakhta di hati, jawapannya adalah semua.

Dhiya sukakan keperibadian Kasyaf. Waktu pertama kali bertemu, lelaki itu sangat manis. Baik dari perangai mahupun dari paras rupa.

Kasyaf boleh dikatakan dalam wajah yang memiliki raut Melayu, mungkin ada kacukan dari Asia Ternggara seperti Bajau, atau Jawa sedikit.

Jadi Kasyaf memang kacak, untuk Melayu tulen.

Lain daripada itu, Kasyaf seorang yang baik. Walaupun hadirnya dia dalam kehidupan lelaki itu bukan lah dari cara dan pilihan sendiri, Kasyaf sedaya upaya untuk memartabatkan tempat Dhiya sebagai seorang isteri.

Walaupun pada awal usia perkahwinan masing-masing agak kekok, Kasyaf melayaninya dengan baik.

Lelaki itu selalu menyenangkan hati Dhiya,

"Kasyaf." Lembut sahaja Dhiya memanggil nama suaminya.

"Hmm."

"Saya ni membahagiakan awak ke?"

Dengan hujung anak mata, Kasyaf mencuri pandang ke arah Dhiya yang hanya sedikit sahaja dia boleh nampak dari kedudukannya. "Awak isteri yang memberikan ketenangan pada saya."

Dia jujur, Kasyaf senang dengan hadirnya Dhiya, bagai melengkapkan hidupnya.

Dhiya senyum nipis. Matanya terpejam, cukup lah sekadar begitu.

Mereka berdua diam. Menikmati udara pagi yang segar dalam kehangatan pelukan tubuh.

"Ehem—"

Deheman nipis itu membukakan mata Dhiya. Mereka berdua pandang Medina yang ada disebalik langsir.

"Jom, makan. Breakfast dah siap."

Kepalanya diangkat dari bahu Kasyaf kemudian lelaki itu bangun.

Kerusi roda yang diletakkan semakin menjauh dengan Dhiya ditarik kembali.

"Tak apa lah, you angkat Dhiya ke bawah, I bawa turun kerusi ni." Serba salah pula kalau Kasyaf tolak Dhiya ke tangga dan perlu angkat Dhiya turun pula.

[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now