TDLM - bab 53

10.2K 493 71
                                    

"Selamat hari lahir, Dhiya," ujar Medina dengan senyuman sambil mendekati meja makan yang hanya ada Dhiya. Lasti pula sibuk menyediakan air the pagi.

Dhiya senyum nipis apabila Medina memeluk erat tubuhnya untuk seketika lalu dilepaskan. Tudung sarung yang dipakai dibetulkan sedikit. "Thank you."

Medina ambil tempat berhadapan dengan Dhiya. Dia lihat menu sarapan pagi ini, nasi lemak. Jarang hari berkerja ada nasi lemak, biasanya hujung minggu sahaja.

"Masak special untuk Dhiya ke Lasti?" terus dia mengambil sesenduk nasi lemak ke dalam pinggan. Semerbak bau wangi daun pandan masuk ke hidungnya.

Air teh yang sudah siap diletakkan ke meja makan. "Ini Dhiya yang masakin. Belum subuh lagi sudah bangun."

"Patut lah bau wangi sampai ke bilik." Kasyaf yang sudah bersiap dengan pakaian ke pejabat mendekati meja makan.

Kasyaf dekatkan bibirnya ke telinga Dhiya lalu bisikkan, "Selamat hari jadi yang ke-35." Mengundang senyuman di bibirnya.

Kerusi kosong bersebelahan dengan Dhiya menjadi pilihan Kasyaf untuk duduk.

Hujung anak mata Medina memandang kerusi kosong utama yang biasanya Kasyaf akan duduk. Sebelah keningnya terangkat, kemudiannya senyum tipis.

Mungkin kerana hari ini hari istimewa Dhiya.

Dia lihat sahaja Dhiya yang menyendukkan nasi ke pinggan Kasyaf.

Perkara biasa tapi entah lah, terasa seperti cemburunya membuak-buak. Medina suakan juga nasi lemak ke mulut walaupun seleranya sudah mati.

"Oh iya, hari ni saya mahu ke pasar, mahu beli ikan." Lasti memberitahu. Dua pasang anak mata memandangnya.

"Nak pergi untuk apa? Dhiya macam mana?" soal Medina.

"Aku nak masak malam ni, special sikit untuk kita."

"Awak ikut ke? Ke tinggal seorang? Kenapa tak order online je?" bukan apa, kesihatan Dhiya bukannya makin membaik. Kalau seorang, nanti jadi apa-apa. Kalau ikut pun, nanti jadi apa-apa.

Tangannya menyentuh tangan kiri Kasyaf. Dia senyum, meyakinkan Kasyaf. "Tak ikut, Lasti seorang je pergi."

"Kenapa tak order online? Ke saya atau Medina je lah yang belikan time on the way balik."

Dhiya gelengkan kepala. "Hari tu order online, biasa dia bagi je ikan yang tak fresh. Tak perlu, awak dan Medina balik dah nak dekat maghrib. Nanti saya tergesa-gesa nak masak."

Kasyaf angguk kecil, faham. "Kalau jadi apa-apa ke, rasa tak sihat ke terus call I ke, Lasti ke. Segera tau."

"Lasti jangan lama-lama ya, beli ikan terus baik."

"Baik, Kasyaf."

Dhiya sengih. "Tak ada apa lah. Sekejap je pun."

Tiba-tiba Medina bangun dari kerusinya. Dia bawa pinggan yang masih lagi terisi separuh nasi ke tong sampah lalu dibuang.

Pinggannya diletakkan ke dalam sinki dan tangannya dibasuh. "I pergi dulu." Handbag yang ada di kerusi kosong diambil.

"Sorry, tangan basah." Merujuk kepada dia tidak menyalami Kasyaf pada pagi itu.

Dhiya hanya pandang bayangan Medina yang menghilang setelah pintu rumah ditutup. "Awak dah nak pergi juga ke?

"Lepas saya habiskan nasi."


PINTU bilik dibuka dengan penuh berhati-hati, tidak mahu mengganngu Dhiya yang sedang mengaji.

"Sadaqallahulazim."

[C] Tertulis Di Luh MahfuzWhere stories live. Discover now