Kini.

6 0 0
                                    


Jika kalian hadir dalam setiap ceritaku,
Ketahuilah bahawa si Dia yang dihiasi dalam puisi,
Nama dimula dengan cahaya,
Diakhiri dengan kilauan matahari,

Siapa sangka?

Yang dulunya peneman dikala sunyi,
Kini peneman hati sampai mati,
Yang dulunya ku gelarnya intan permata,
Kini sudah bergelar anta permana,

Buat si Dia yang membaca dalam hening,
Cerita kita masih belum temu noktah,
Akan aku warnai setiap rangkap dengan pena renjana.

Dia.On viuen les histories. Descobreix ara