Sayang.

13 0 0
                                    

Sayang,
Paras rupamu tak usah diresah,
Bandingkan dengan yang lain jangan sekali,
Lihatlah siapa disisimu sedarlah,
Kau paling terindah buatku permaisuri hati,

Sayang,
Hanya raut wajahmu yang mampu mengukir senyum dibibirku,
Melihat senyum tawamu,
Gelak manjamu,
Lesung pipitmu,
Membuat aku jatuh cinta,

Sayang,
Tak pernah ku pinta dirimu menjadi yang lain,
Cukup jadi dirimu untukku,
Kerana kau sudah cukup,
Sudah cukup untuk membuat aku gila,
Gila dengan cinta yang tiada titik noktah,

Sayang,
Kekalkan senyumanmu untukku,
Melihat kau sedih,
Melihat kau resah,
Melihat kau gundah,
Membuatkan aku tidak keruan,
Aku tahu,
Dengan kata kata pujian dariku,
Terkadang tidak memberi makna untukmu,

Sayang,
Aku karangkan puisi ini tanpa kau tahu,
Biarlah ia terpahat disini,
Biarlah aku sendiri yang meluahkan,
Betapa indahnya kau buatku,
Kerana keikhlasan aku dihadapanmu,
Terkadang juga tidak kelihatan,

Sayang,
Kau yang terbaik buatku,
Tak perlu cari yang sempurna,
Cukup ada kau yang menyempurnakan keindahan dihatiku,
Menjadikan puisi ini cukup bermakna buatku,
Menutup segala luka dihatiku,
Kerana disisiku adanya dirimu,

Sayang,
Jika ditakdirkan  coretan kataku ini dibaca olehmu,
Ataupun lebih tepat luahan rasa cinta ini,
Sedarlah sayang,
Betapa cinta dan sayangnya aku padamu,
Betapa kau bermakna buatku,
Betapa cantik dan indah kau dimataku,

Sayang,
Maafkan aku jika tidak dapat meyakinkanmu,
Bahawa kaulah yang paling indah dimataku,
Kerana aku tahu,
Kau mungkin tidak percaya,
Cukuplah aku coretkan disini,
Tanpa ada yang mengetahui,
Ibarat rasa dari isi hatiku ini,

Kaulah cinta hatiku, kaulah yang terakhir buatku.

Dia.Où les histoires vivent. Découvrez maintenant