Sifat.

16 1 0
                                    

Sebelum hadirnya pelangi,
Pasti ada hujan yang membasahi,
Seperti kisah cinta kita,
Pasti ada tengkarnya,
Sebelum hadirnya manja,

Ku coretkan sifatmu disini,
Sering mencetuskan pergaduhan,
Tidak pernah mengaku kesalahan,
Ego yang memang tidak akan kalah,
Tapi aku tetap mengalah,

Kerana aku tahu,
Dengan sabarnya aku,
Buatmu jadi rindu,
Buatmu jadi sayang,
Buatmu jadi cinta,

Jangan pernah berubah sayang,
Walaupun beribu kali kau merajuk,
Walaupun sejuta kaliku pujuk,
Kau tetap wanita yang aku sanjungi,
Yang aku kasihi.

Dia.Where stories live. Discover now