Hadir.

31 1 0
                                    

Ada apa dengan dia?
Tiada apa.
Hanya gadis biasa.
Tapi dimata kamu semua.

Untuk aku,
Dialah penyeri hidup aku,
Gelak tawa dia,
Buatku bahagia.

Untuk aku,
Dialah penawar duka aku,
Sentiasa ada bersama,
Menemani jiwaku yang luka.

Dia terlalu istimewa buatku,
Setiap belaian kasih,
Setiap leteran manja,
Itu satu anugerah terindah.

Tak perlu cari yang lain,
Dia sempurna untuk aku,
Mengambil berat tentang aku,
Satu kewajipan untuk dia.

Terima kasih kerana hadir,
Memberi aku peluang,
Untuk kembali tersenyum,
Disamping wanita yang aku cintai.

Dia.Where stories live. Discover now