Sebentar,
Fikiranku terhenti,
Jasadku kaku,
Mataku memerhati,
Bibirku tersenyum malu,
Oh,
Rupanya melihat kelibatmu,
Kehadiran yang cukup indah,
Tenungan matamu tak pernah jemu,
Gadis impian yang buatku rebah.
Sungguh,
Aku tak bisa bertahan,
Hati ini tidak menipu,
Cinta ini hadir sudah,
Tanpa sedar aku rindu.
YOU ARE READING
Dia.
PoetryTak suka puisi cinta. Tapi kerana cinta akan seorang gadis, setiap puisiku menjadi kisah bersama. Tak perlu bahasa yang tinggi, Puisi untuk dia, Cukup dengan keikhlasan.