FILE 04

59 5 0
                                    


RADHI

Aku pandang sekilas ke tubuh Harry yang berbogel di atas sebuah meja panjang. Seluruh badan lelaki itu, aku lilit dengan satu plastik lutsinar dengan banyak. Hanya membiarkan lubang hidung dan matanya sahaja yang tidak ditutupi plastik. Plastik itu sebenarnya digunakan untuk membalut daging-daging yang telah siap dipotong. Hanya dengan cara itu saja mampu membuatkan Harry agar diam tidak melawan.

Kepala Harry kerap-kali menggeleng lemah cuba memberikan isyarat kepadaku agar aku tidak membuat kerja gila. Mungkin juga dia ingin mengatakan bahawa apa yang berlaku tadi hanyalah sekadar gurauan kasarnya. Seperti trademark encik Leong apabila ingin mengambil semula hati pekerja-pekerjanya yang marah dengan kata-kata kasar yang keluar dari mulutnya.

Aku toleh ke arah Kim yang sedang duduk di atas baldi yang diterbalikkan di atas lantai seperti Harry buat tadi. Sebatang lollipop berada di dalam mulutnya. Dia menyilangkan kakinya. Kadang-kala apabila pandangan kami bertaut, dia akan tersenyum lebar. Mungkin dia gembira kerana aku masih dengan kegilaan yang sama. Kegilaan yang sebenarnya aku sendiri tidak lagi ingin melakukannya. Tapi Kim yang kembalikan rasa yang telah lama aku cuba buang jauh dari jiwa ini. Dia yang patut dipersalahkan dalam hal ini.

Harry mula meronta-ronta. Aku pegang lengannya cuba untuk mententeramkannya. "Har, janganlah takut. Sekejap je ni. Lepas kau dah mampus, takdelah rasa sakit apa lagi..." aku berbisik ke telinganya. Terdengar suaranya yang terkemam di dalam mulut cuba untuk meminta tolong. Aku senyum nipis. Rambutku yang kusut, aku raup ke belakang.

Jam yang melekat di dinding, sudah menunjukkan 10.30 malam. Aku yakin Sofea sedang menunggu aku di luar kedai. Maka kali ini aku harus pantas. Permainan ini harus disegerakan.

Aku angkat sebilah pisau betul-betul di hadapan Harry. Sengaja membuatkan dia bertambah kecut. Kemudian, aku lekatkan hujung mata pisau itu ke permukaan perutnya. Aku pusing-pusingkan mata pisau itu pada permukaan plastik yang membalut tubuhnya sehinggalah mencecah kulitnya.

"Janganlah takut. Sakit sikit je ni..."

Aku benamkan perlahan-lahan hujung pisau itu ke dalam perutnya. Semakin dalam tusukan pisau itu, semakin terbeliak matanya dengan besar. Air matanya mula mengalir keluar dari pelupuk mata. Pisau yang terbenam ke dalam perut itu, membuatkan suaranya kedengaran seperti lembu yang baru disembelih.

Aku sentuh dadanya. Aku suka rasai detak jantung seseorang yang berdegup laju. Hal itu membuatkan keghairahan aku untuk meneruskan apa yang aku ingin lakukan, akan memuncak. Tambahan lagi darah yang mengenai tanganku, membuatkan muncul satu sensasi yang luar biasa.

Aku ambil besi pemecah ais. lalu aku tusuk perlahan-lahan mata sebelah kanan Harry. Aku tak suka lelaki yang menangis macam budak-budak! Darah memancut-mancut. Selepas itu, aku cari pisau pemotong daging yang ingin digunakan oleh Harry untuk membunuh aku tadi. Kelihatan pisau itu terperosok di bawah mesin. Aku senyum. Biar pisau sama yang menjadi saksi kami berdua yang sedang bermanja-manjaan tika ini.

Kim terus ralit memandang ke arahku. Mungkin dia tidak sabar untuk melihat aku menghabiskan lelaki bertubuh kekar yang punyai nafsu pelik ini.

"Har, kau dah ready tak ni nak menggembara ke alam lain?" aku rapatkan bibirku ke telinganya. Tubuh itu kaku. Hanya nafas beratnya yang menyapa telinga.

"Kenapa tak bagi respon? Janganlah macam tu. Nanti perpisahan kita ni, akan mengundang sedih. Aku tak suka situasi macam tu..." aku cuba berseloroh. Semakin kuat dengusannya. Plastik di kepalanya aku buka. Tercunggap-cunggap dia menarik nafas.

RADHI (Teaser)Where stories live. Discover now