FILE 05

105 3 0
                                    


RADHI

Suara televisyen kedengaran kuat menyapa gegendang telinga sehingga ke luar rumah. Bermakna, penghuni rumah ini masih lagi berjaga. Aku menarik nafas lega kerana pintu rumah masih lagi belum dikunci dari dalam. Mungkin mereka sedang melayan wayang lewat malam yang disiarkan oleh stesen penyiaran swasta.

Bait bicara para aktor, bertambah bingit apabila kaki mula melangkah masuk ke dalam ruangan rumah. Lampu utama dimatikan. Hanya digantikan dengan cahaya televisyen yang menerangi ruangan sekitar.

"Baru balik Adi?" sapa suara garau milik suami makcik Keena. Namun seperti biasa, aku tidak akan menyahut untuk soalan-soalan yang diutarakannya. Kebanyakan soalan-soalan yang diberikan oleh suami makcik Keena ini adalah soalan yang bodoh untuk orang yang salah!

"Hukk... Hukk..." makcik Keena berpura-pura batuk apabila aku terus sahaja melangkah menuju ke arah bilik. Aku tahu maksud wanita itu.

"Sorry. Saya overtime tadi. Dan untuk duit sewa rumah..." aku menyeluk ke dalam poket seluar. Namun duit yang Sofea berikan tadi pagi langsung tidak ku temui. Kemudian, aku selongkar pula beg yang menyangkut pada bahu. Juga tiada. Alamak tertinggal kat dalam jeans yang aku tukar kat kedai sebelum pulang. Ugh, semua ni disebabkan Harry!

Peluh berbintat pada dahi. Raut wajah makcik Keena mula berubah bengis. Tajam pandangannya dilemparkan ke arahku.

"Apa lagi alasan yang kau nak bagi ni Radhi?!" tutur makcik Keena dengan kuat. Cuba melawan suara televisyen yang sangat bingit dengan aksi yang sedang rancak berlangsung.

"Duit tu tertinggal kat dalam seluar kerja. Boleh tak kalau esok je saya bagi dengan makcik?" tuturku lembut. Namun semakin kuat dengusan nafasnya.

"Esok? Banyak betul alasan kau ni Radhi. Awal bulan lalu, konon nak guna duit tu untuk servis motor. Bayar hutang dengan member. Sekarang pulak, duit tu tertinggal kat dalam jeans. Nasib baik bebird kau pun tak tinggal jugak dalam seluar tu!" tuturnya. Intonasi suaranya meninggi. "Atau kau memang sengaja tak nak bayar duit sewa rumah ni?" mendengar bebelan orang tua ni berterusan, segera aku menelefon Sofea. Namun hanya voicemail yang menyapa telinga.

"Bukan macam tu makcik. Say memang nak..." belum sempat aku habiskan bait bicaraku, terus sahaja dia mencantas.

"Diamlah! Aku memang tahu yang kau nak duduk free je kan kat dalam rumah ni?!" balasnya dengan lantang. Suaminya yang duduk di atas sofa, tersenyum senget. Matanya hanya dibuang ke arah televisyen. Langsung tidak mempedulikan isterinya yang sedang mengamuk.

"Makcik, kan saya dah cakap yang saya akan bagi esok. Makcik tak faham ke?" bidasku pada makcik Keena. Membulat matanya mendengar bicaraku. "Tak mati kebulurlah orang kat rumah ni kalau saya tak bagi duit tu sekarang!" sambungku.

"Owhh tak mati kebulur? Kau sedar ke yang kau tu menumpang kat rumah ni tapi perangai macam bangsat? Baik, kau berambus malam ni jugak dari rumah ni! Esok pagi, aku tak nak tengok muka kau lagi kat sini. Berambus!!!" teriak makcik Keena lantang. Aku terkejut dengan kata-katanya. Malam ni? Keluar dari sini? Damn!

"Ini rumah arwah papa. Jadi tiada istilah aku menumpang dalam rumah ni."

"Itu dulu. Sekarang rumah ni di bawah nama aku. Jadi, kalau aku cakap kau hanya menumpang, maka, itu adalah hak aku. Keluar sekarang jugak!"

"Sekarang dah pukul 12.45 malam. Esok je saya keluar..." tuturku kepadanya dengan nada yang perlahan.

"Pukul 12.45 malam ke, 12.45 siang ke, ada aku kisah? Ambik semua barang kau dan berambus kau dari rumah ni!" balasnya dengan kasar.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 22, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

RADHI (Teaser)Where stories live. Discover now