Bab 5

2.1K 82 36
                                    

Aiden menjeling tajam Aina disisi katil itu. Pistol disimpan dalam poket. Nasib baik ada Leo, kalau tak memang dah lama dia tembak perempuan ini. Menyusahkan betullah!

" Nama awak apa? " tanya Leo pada Aina.

Kedengaran sedikit pelik bila bahasa melayu digunakan oleh Leo kerana dia bukannya dari Malaysia.

Mereka bertiga dari italian tetapi tiada masalah untuk berbahasa melayu kerana mereka bertiga diajar oleh ketua mereka sendiri untuk belajar mempelbagaikan bahasa agar memudahkan mereka berbahasa ketika dimana saja.

" Wow... Awak cakap melayulah" teruja suara Aina berkata dengan tepukan tangan.

Leo gelak perlahan. Rasa suka pula bila bercakap dengan perempuan ini. Ada saja kecomelan disetiap teletah perempuan ini. Aiden dikerling sekilas, boleh nampak muka Aiden tegang bila dia ketawa. Pelik, tetapi Leo hanya membiarkan perkara itu tanpa bertanya.

Aina berdehem perlahan, tudung selimut yang dipakai dikemaskan sedikit. Kepala ditunduk lalu tangan kanannya diletakkan pada dada kiri. Memperkenalkan diri ikut cara islam.

" Nama saya Nurul Aina Qistina Binti Mustafa." senafas Aina memperkenalkan diri dengan senyuman dibibir.

Leo menggeleng perlahan. Perbuatan perempuan ini ada saja lawak. Timbul kerutan pada dahi Aiden. Kenapa perempuan ini tidak menyebut pangkat 'Datuk' ayahnya sendiri? Bukankah biasanya akan disebut untuk membangga diri?

" Kenapa kau tak sebut pangkat 'datuk' ayah kau sendiri? " tanya Aiden pada Aina. Tak silapnya ayah perempuan yang dia culik ini berpangkat datuk. Adakah dia yang salah?

Aina senyum sikit. Dia sebenar tak berapa suka bila main dengan pangkat ni. Kalau boleh dia nak orang dekat dengannya disebabkan dia sendiri, bukannya sebab pangkat yang papanya itu.

Pangkat hanya sebuah pangkat, bukannya pangkat itu boleh membawa masuk ke syurga.

" Saya tak suka bila sebut pangkat papa saya, sebab saya nak orang dekat dengan saya ikhlas, bukan kerana pangkat yang papa saya ada." luah Aina dengan senyum sikit. Tak selesa bila sebut pangkat-pangkat. Ada apa dengan pangkat?

Terdiam Leo dan Aiden dengan luahan itu. Dapat rasa sesuatu yang menjalar dalam hati mereka berdua. Tetapi tak tahu apa. Cuba ditepis supaya rasa aneh itu tidak bersemai dalam hati.

" Awak berdua pulak? " tanya Aina dengan senyuman manis dibibir.

Aiden hanya pandang kosong pada Aina. Tiada apa-apa riak. Hanya mata yang berbicara dengan apa yang dirasa. Cuba dinafikan tetapi lantas hanya dibiarkan sepi hati yang makin tidak keruan bila pandang raut wajah itu.

Leo menepuk kuat bahu Aiden dengan sengihan lebar panjang. Sebenarnya nak suruh Aiden memperkenalkan diri dulu tetapi dia tahu Aiden memang takkan bercakap. Berat mulut betullah! Benda penting baru bercakap!

Biasanya hanya Leo dan Step saja yang banyak berbicara berbanding dengan Aiden. Aiden memang lelaki yang tidak berperasaan!

Leo menunding jari pada dirinya sendiri dan seterusnya pada Aiden.

" Leo dan Aiden. "

Aina mengangguk.

" Leo"

Jari ditunding pada lelaki dihadapannya itu. Disebelah kanan pula.

" Air dam."

Terbuntang mata Aiden bila perempuan itu salah menyebut namanya. Gigi diketap kuat, cuba menahan daripada menghamburkan marah. Gelak tawa dari Leo buat Aiden ambil pistol dalam poketnya lalu diacu pada Leo.

Hak Milik Tuan Aiden (HMTA) [ EBOOK ]Where stories live. Discover now