Bab 6

1.8K 84 28
                                    

Amaran! Ada kata-kata kesat.

Author dah bgi amaran tau. Oh author lupa nk bgitau yg Aiden dengan Aina mmg dah kawen. Hehehe nk buat mcm mn, assignment penuh. So mmg author jdi pelupa. So enjoy tau!

Suasana sunyi dengan aura yang dingin dan menakutkan pada waktu malam disebuah bilik misteri kepunyaan Aiden. Meja berada ditengah-tengah antara mereka berdua.

Jarak yang patut dipatuhi bagi mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini. Sudah dirancang kemas oleh lelaki itu.

" Give my daughter back." kasar Datuk Mustafa meminta.

Aiden senyum sinis. Badannya disandarkan pada penyandar kerusi dengan kedua tangannya memeluk tubuh.

Mata tepat pandang ke arah Datuk Mustafa. Begitu berani lelaki tua ini masuk ke tempatnya seorang diri. Anak buahnya yang sedang mengepung Datuk Mustafa dikerling sekilas. Semuanya bermuka ketat dan tegang.

" I'm her husband. I have the right to take your daughter." jawab Aiden tenang.

Terdiam terus Datuk Mustafa dengan apa yang dikatakan oleh Aiden itu. Sememangnya betul semua itu, tetapi dia tetap mahukan anak perempuannya.

Aiden seorang yang berbahaya. Dia tidak mahu anak perempuan diapa-apakan oleh Aiden kerana dia tahu Aiden sangat membencinya.

Benci kerana dia sudah banyak kali cuba menjauhkan Aina dari Aiden dan sudah banyak kali dia cuba masukkan Aiden ke dalam penjara dan dia akui lelaki itu sungguh liat untuk masuk ke perangkapnya. Lelaki itu sungguh bijak dalam memasang strategi agar dilepaskan.

" I want my daughter Xander." tegas Datuk Mustafa.

Aiden senyum sinis. Walau apapun yang terjadi, dia takkan lepaskan isterinya itu pada lelaki tua dihadapannya ini.

Aina hak miliknya yang mutlak dari tiga tahun dulu. Tak sepatutnya lelaki itu meminta sesuatu yang sudah menjadi miliknya. Bukankah perjanjiannya tertulis Aina miliknya? Kenapa lelaki itu perlu meminta kembali?

" If I say, i don't want to give your daughter away? " gertak Aiden dengan senyuman sinis yang masih setia dibibir.

" I'ii kill you, Xander!"

Anak buah Aiden makin mendekat untuk memukul Datuk Mustafa tetapi pantas Aiden memberi isyarat tangan supaya biarkan saja lelaki tua itu bersuara.

Memang anak buahnya pantang bila Xander iaitu ketua mereka diugut sebegitu. Memang setiap polisi mereka adalah sentiasa melindungi antara satu sama lain.

" I'm not afraid of you. You're not my competitor. " ejek Aiden dengan lirikan mata sombong. Tidak sedikitpun ada rasa takut pada polis pencen itu. Huh! Never!

Penumbuk digenggam erat bila Aiden ejeknya begitu. Sungguh dia rasa tercabar!

Tanpa salam, terus meja yang ada ditengah-tengah itu disepak kuat oleh Datuk Mustafa.

Riak wajah kosong Aiden buat api dalam hatinya makin marak naik. Aiden senyum sengit, inilah perkara yang dia tahu akan terjadi.

Jadi untuk keselamatan diri sendiri, ada baiknya dia mengekalkan jarak jauh diantara musuhnya. Memang bijak!

Bergema bunyi peluru yang dimasukkan oleh semua anak buah Aiden. Pistol sudah elok sasar pada kepala Datuk Mustafa. Sasaran utama!

Jika lelaki tua itu bertindak lebih, memang ditembak terus. Tetapi, tidak pula Datuk Mustafa takut, malah dia hanya memberi pandangan mata penuh kebencian pada Aiden.

Hak Milik Tuan Aiden (HMTA) [ EBOOK ]Where stories live. Discover now