HMTA 1 ✨

2.1K 77 30
                                    

Bunyi kunci pintu dibuka membuatkan Aina memejam matanya. Tak nak lelaki mata biru itu ganggu dia lagi. Benci gila!

" Dah tidur ke?"

Suara yang menegur itu membuatkan Aina meraba-raba tilam katilnya mencari tudung. Kedengaran gelak perlahan dari Leo membuatkan Aina mendengus geram. Bukan nak tolong!

" Nah!"

Tudung disua pada Aina. Bila tak ada tangan yang mengambil, terus selimut itu ditarik perlahan. Dua mata yang terjengul disebalik selimut itu buat Leo ukir senyum pada Aina. Aina mengeluarkan sedikit tangannya untuk mengambil tudung.

Tak nak bagi Leo nampak torehan yang ada pada lengan kanan. Pantas juga perempuan itu memakai tudung disebalik selimut membuatkan Leo senyum kecil. Comel je perlakuan Aina ketika ini.

Seusai Aina pakai tudung. Terus selimut itu hanya dibungkus pada badannya saja. Sebenarnya nak sorok lengan dia.

" Kenapa awak masuk sini?" tanya Aina pada Leo.

Leo gelak perlahan.

" Kenapa awak tanya?" soal Leo pada Aina.

Soalan dibalas dengan soalan. Eloklah macam tu!

Aina buat mata ke atas. Geram bila lelaki itu seperti mempermainkannya. Orang tanya elok-elok boleh pulak dia tanya kita balik.

" Saya bawak sesuatu untuk awak."

Leo keluar dari bilik itu. Dalam beberapa minit kemudian, terus dua pinggan berisi makanan diletakkan pada meja sisi berhampiran dengan Aina.

Mata bulat milik Aina sudah nampak benar teruja bila dia bawa makanan untuk perempuan itu.

" Awak boleh makan."

Leo pandang pelik bila perempuan itu masih statik atas katil dengan berbungkus tanpa mengambil makanan yang dia bawa masuk. Kedua kening diangkat.

" Kenapa tak makan?" tanya Leo pelik.

" E-erk nanti saya makan. Awak keluarlah dulu. "

Aina sengih nampak gigi tapi bila matanya bertaut dengan mata biru, terus selimut diambil dan dibungkus sepenuhnya anggota badannya itu. Tak nak jumpa lelaki mata tajam tu. Mati terus nanti kalau kena panahan tajam lelaki itu. Habislah!

Bunyi pintu ditutup dan dikunci menakutkan Aina. Selimut dicengkam kuat dengan peluh yang sudah merenik pada dahi. Semua surah jampi dibaca perempuan itu agar lelaki yang ada dalam bilik sekarang ini bukan Aiden.

Selimut itu direntap kasar oleh Aiden dan dibuang jauh ke lantai. Makanan dicapai. Tempat diambil rapat dengan Aina. Boleh nampak perempuan itu mengesot menjauh darinya. Lengan itu ditarik lembut.

" Duduk sini. Jangan lari!" keras lelaki itu melarang.

Aina mengangguk perlahan. Aiden kesot sedikit rapat dengan Aina. Makanan disisi meja dicapai. Aina hanya pandang kelakuan lelaki itu.

" Bukak mulut."

Bagai lembu dicucuk hidung, terus mulutnya dibuka apabila Aiden menyuapnya nasi. Matanya tepat pandang mata biru itu. Walaupun jelas nampak telinga itu memerah bila dia tengok lelaki tu macam tu. Mungkin malu!

" Alihkan mata kau."

Terus kepala itu jatuh ke bawah. Mata lelaki itu cantik sangat. Sampai dia sendiri hanyut dengan kecantikan mata biru laut itu.

" Makan."

Aina angkat kepala. Mata mengerdip beberapa kali. Mulut dibuka. Sepanjang Aiden menyuapnya nasi, sedikitpun mata lelaki itu dia tak pandang. Dia takut mata itu buat dia jadi gila. Ada baiknya dia pandang kiri kanan saja.

Aiden senyum sikit. Perempuan itu sedaya upaya mengelak pandang mata dengannya. Sudah tergoda agaknya?

" Boleh saya tanya awak sesuatu?" tanya Aina pada Aiden.

Walaupun ada rasa takut dengan reaksi lelaki itu jika persoalan dalam mindanya dikeluarkan, tetapi dia tetap mahu mengetahui akan kebenaran.

" Apa?"

Aina bermain dengan jari jemari dengan kepala yang menunduk ke bawah. Bibir digigit perlahan. Tak apa ke jika soalan ini diberi pada lelaki itu?

" Kenapa saya ada di sini? Mana mama, papa dan abang saya? " tanya Aina bertubi-tubi dengan mata yang sudah berkaca.

Rindu pada keluarga sendiri. Rasa nak menangis je sekarang ini. Tetapi dikuatkan juga hati supaya tidak menitiskan airmata di hadapan lelaki itu.

" I kidnapped you."

Garisan halus timbul pada dahi Aina ketika itu. Cuba dicerna apa yang lelaki itu katakan sehingga raut wajahnya sudah berubah menjadi serabut. Tertekan bila dia tak dapat jawapan akan apa yang disebut oleh lelaki itu. Kabinet ke?

" Bukan kabinet awak. Tapi keluarga saya."

Jawapan Aina membuatkan Aiden mengetap kuat giginya. Bila mulut dia terlalu fasih dengan bahasa yang selalu dia gunakan, beginilah jadinya! Sampai dia lupa bahawa perempuan dihadapannya ini tidak faham akan bahasa yang dia guna.

Kening tak gatal digaru perlahan. Malas sebenarnya nak ulang perkataan yang sama. Muka diraup kasar. Kenapa Aiden rasa macam dia pulak yang tertekan dengan perempuan ini?

" Saya culik awak." senafas lelaki itu mengakui.

Aina tunding jari pada diri sendiri.

" Culik? "

Aiden mengangguk manakala Aina cuba menjauh dari lelaki itu. Tiba-tiba rasa seram pula pada lelaki ini bila mengaku begitu saja. Bulu roma nak naik dah sebab lelaki itu.

" Jap awak saya nak keluar."

Kaki mulus itu perlahan-lahan turun dari katil. Aiden pandang pelik akan perempuan itu. Pelik sebab Aina minta izinnya untuk keluar.

" Keluar ke mana?"

Terhenti langkah itu dipintu bilik akan pertanyaan itu. Tepi baju diramas perlahan menghilangkan rasa takut yang bertandang.

" Nak keluar dari banglo ni."

Aiden rasa nak terpengsan di situ bila perempuan itu selamba badak mengaku mahu larikan diri darinya. Aiden bangun dari duduknya.

Tubuh kecil itu dicempung dan dengan kasar dihempas atas katil. Geram sebenarnya dengan sang isteri yang selalu buat darahnya naik dengan perangai naif dan lurus bendul itu.

" Tak payah keluar. Aku tak benarkan. "

Aina lipat bibir. Kecewa bila tak boleh nak keluar. Macam mana nak jumpa keluarga dia macam ni?

" Kenapa kau minta izin dengan aku nak keluar?" tanya Aiden pada Aina.

" Sebab mama dengan papa selalu cakap, kalau nak keluar kena bagitau."

Aiden tanpa menunggu lama, terus keluar dari bilik itu. Rasanya kalau dia lagi berlama bertapa di situ, boleh buat dia jadi gila kerana perempuan itu. Pintu dihempas kuat membuatkan bahu Aina terangkat kerana terkejut.

Aina pandang pintu lama. Kepala digaru perlahan. Bingung bila raut wajah tampan Aiden nampak begitu tegang dan macam nak marah. Period ke?





Ini bab yg terakhir sy update utk hak milik tuan aiden. Utk dptkn full bab boleh beli ebook dgn sy. Harga Rm 20 sy bgi harga promosi Rm 15. Kalau nk beli boleh Dm atau prgi dkt link bio sy.

Author nk tnya... Siapa nk author sambung Hak Milik Tuan Aiden yang lama punya acc? Klau rmai setuju author smbung balik. Klau tk mmg author tkkan buat hehehe❤

Perbezaan yg lama dgn yg baru ialah jalan crite n genre.

Hak Milik Tuan Aiden (HMTA) [ EBOOK ]Where stories live. Discover now