Hak Milik Tuan Aiden 2

2.6K 81 24
                                    

" Kuat lagi."

Satu tumbukan kena pada punchbag itu.

" Kuat lagi!"

Nafas Aina sudah tiada ketika itu. Sudah banyak kali dia tumbuk punchbag tapi masih juga suaminya tak puas hati. Aiden selalu macam tu. Nak dera dia agaknya!

" Abang... Tak nak dah." rengek Aina penuh dengan suara kepenatan.

Aiden pandang tajam sang isteri. Walaupun jauh di sudut hati dia kasihan dengan raut wajah yang sudah kepenatan itu.

Tetapi dia perlu juga ajar kekerasan pada isterinya itu agar dapat melindungi diri sendiri satu hari nanti.

Dia percaya akan ada satu kejadian yang dahsyat akan berlaku nanti, kerana ramai mafia diluar sana mencari akan keberadaannya sejak dia berubah.

" Tumbuk sekarang!" arah Aiden dengan suara kuatnya.

Aina mengenggam kuat tangannya itu. Boleh nampak muka itu begitu tidak puas hati dengan arahan sang suami. Mata biru sang suami dipandang tajam. Meluahkan rasa geramnya.

Tangan dihayun dan dengan sekuat tenaga Aina menumbuk beberapa kali punchbag itu sehingga tali yang menampung punchbag itu tercabut dari talinya menimpa lantai bawah.

Nafas lelah dihembus. Kepala dijatuh menunduk dengan mata terpejam. Aiden senyum sinis. Apa yang dia inginkan akhirnya jadi jua. Aiden menghampiri sang isteri.

Dagu runcing itu diangkat naik pandang matanya. Senyuman paling manis didunia diberi untuk sang isteri tetapi pantas mata hitam Aina menjeling tajam akan dirinya.

" Puas hati?" sinis pertanyaan itu membuatkan Aiden senyum suka.

" More than that." jawab Aiden pantas.

Aina pusing badan untuk lari menjauh dari sang suami tetapi bila sang suami nak kejar, terus kaki diangkat tinggi. Tepat nak kena dada lelaki itu. Terhenti terus langkah Aiden ketika itu. Aina senyum sinis.

" Jangan dekat." Aina memberi amaran. Kaki itu perlahan-lahan jatuh ke bawah.

Aiden gelak perlahan. Tak marah pun isteri dia buat macam tu. Malah dia rasa kagum bila semua yang dia ajar, isterinya terus jadi pandai macam ni. Tak sia-sia ajarannya selama ini.

" Kalau abang nak dekat jugak?" tanya Aiden pada sang isteri sambil kaki melangkah perlahan-lahan menghampiri Aina.

Tanpa salam, dada sang suami disepak perlahan. Tak kuat pun, cukup nak bagi suaminya itu jatuh saja. Aina senyum sinis untuk kali kedua.

Rambut panjang dilibas ke belakang dengan sombong. Muka pula memang nampak sangat sinis. Puas hati bila dapat tewaskan lelaki itu. Dihampiri Aiden yang sudah terduduk atas lantai itu.

Tangan dihulur pada sang suami. Bila Aiden nak capai, terus tangan dibawa lari. Muka Aiden cemberut bila isterinya buat macam tu.

" Okay fine!"

Aiden bangun dari duduknya, lalu langkah dibawa keluar dari bilik yang selalu menjadi tempat dia mengajar isterinya mempertahankan diri.

Rasa begitu geram dengan isterinya itu. Geram nak marah. Sebab sayang dia tak marah perempuan itu. Cuba disabar hati yang sudah mengeleggak nak marah.

No!

Dia takkan sesekali marahkan Aina. Aina isteri kesayangannya. Tak sampai hati nak marah perempuan itu. Haih...

" Abang... Aina gurau je." rengek Aina manja.

Tangan besar sang suami dicapai lalu ditarik rapat dengannya. Kepala dilentok elok pada dada bidang sang suami. Manja perbuatan itu, gara-gara nak pujuk suami.

Aiden jeling tajam isterinya itu. Kepala Aina ditolak perlahan. Aina tersebik.

" Ala abang... Aina minta maaf. Aina gurau je tadi." suara yang tertahan dari nak menangis keluar dari bibir itu.

Aina cuba pandang mata biru sang suami tapi pantas mata itu dialih pandang ke arah dinding. Tak nak tengok muka Aina. Merajuk punya pasal.

Mata Aina berkaca, perlahan-lahan dia menjauhi suaminya itu. Rasa sedih sangat bila Aiden tak tengok langsung wajahnya. Mungkin sudah benci.

Aiden mengeluh. Mata birunya pandang mata yang sudah nampak bias air mata sang isteri.

Tubuh kecil itu dipeluk erat. Boleh dengar esakan kecil dari isterinya itu. Kepala itu diusap lembut.

Ubun-ubun itu dikucup manakala belakang badan sang isteri ditepuk perlahan. Cuba memujuk sang isteri yang menangis sekarang ini.

" Abang dah maafkan sayang. Abang gurau je. Dah sedih-sedih. Risau abang. " pujuk Aiden pada sang isteri.

Aina membalas pelukan suaminya itu. Mata biru laut itu dipandang dengan mata berkaca.

" Tak marah Aina dah?"

Aiden senyum. Seraya itu, hidung Aina ditarik perlahan. Rengekan kecil dari sang isteri buat Aiden gelak perlahan. Air mata Aina dikesat perlahan dengan ibu jarinya.

" Tak boleh marah lama-lama, sebab sayang sangat dah isteri abang ni."

Kedua kelopak mata itu dikucup lembut membuatkan Aina senyum malu. Aiden selalu buat dia tak tentu arah dengan perbuatan lelaki itu.

" Abang... Erk Aina nak cuti boleh?" tanya Aina pada suaminya itu.

Aiden senyum cantik. Dah tahu maksud 'cuti' yang dikatakan oleh Aina itu. Pasti tak nak dia ajar taekwando untuk masa terdekat ini.

" Boleh sayang."

Bulat mata Aina bila suami kata macam tu. Teruja teramat. Macam dapat cuti daripada pergi sekolah saja. Memang teruja gila muka perempuan itu. Sehingga gigi itu setia menampak.

" Terima kasih. Uhuk! " nada sedih sengaja diberi.

Aiden gelak dengan gelengan. Isterinya ini memang selalu buat perangai kelakar didepannya. Terhibur hidupnya kerana isterinya ini. Entah apa jadi kalau Aina tiada di sisinya. Pasti hidupnya jadi gelap terus agaknya.

" Sayang lapar tak?"

Aina menepuk perlahan perutnya.

" Lapar tak perut?" Kepala dijatuhkan, pandang perut sendiri.

Aiden tahan gelak. Muka diseriuskan sebaik mungkin. Tak nak gelak depan isterinya itu. Nanti merajuk, Susah dia nak pujuk.

" Perut Aina tak tahu lapar ke tak, diam je dari tadi." dengan naif Aina berkata.

Aiden melabuhkan dagunya pada kepala isterinya itu. Tubuh kecil itu dipeluk geram. Senyum diukir pada raut wajah tampan itu. Rasa nak tergelak tapi sebaik mungkin dia tahan tawanya dari terhambur.

" Jom kita pergi makan sayang." ajak Aiden.

Tangan kecil itu dicapai dan dibawa keluar dari bilik.

" Jap abang..."

Baru Aina mahu ambil sesuatu di sudut dinding. Tiba-tiba Aiden tarik kuat tangannya dari menghampiri benda yang Aiden tak suka itu. Melarang keras dia daripada ambil benda itu.

" Tak payah. Jom kita keluar. Biar je dia dekat situ." tegas Aiden pada isterinya itu. Suka sangat benda alah itu. Entah apa yang istimewa. Huh!

Aina pandang teddy bear besar kesayangannya itu. Raut wajah Aina sedih bila tak dapat bawa keluar teddy bear itu.

" Tapi..."

" Dah jom!"

Aiden jeling tajam teddy bear yang ada disudut dinding itu. Tak suka bila isterinya selalu layan teddy bear itu berbanding dirinya. Huh! Sakit hati betul!

Cemberut muka Aina bila Aiden nampak begitu cemburu dengan teddy bear. Dari mula dia beli teddy bear, lelaki itu sudah bencikan teddy bear itu. Dengan teddy bear pun jeles. Apalah!

Hak Milik Tuan Aiden (HMTA) [ EBOOK ]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt