Obsession 31

2.1K 72 0
                                    

Taehyung berkerut kening saat ruangan sebelahnya kosong dan tiada penghuni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Taehyung berkerut kening saat ruangan sebelahnya kosong dan tiada penghuni.Dia menilik jam pada pergelangan tangannya yang menunjukkan jam tepat pukul sembilan pagi.

Bunyi suara kanak-kanak juga tidak kedengaran.

Dia terus bangkit dari katilnya.

Dalam keadaan dia cuma memakai boxer sahaja,terus Taehyung turun dari katil.Mencari keberadaan isterinya.Dia yakin Mia mesti memasak atau melayani Eddy.

"Mia?"Dia mula memanggil gadis itu.

Tetapi tiada sahutan.

Merata tempat dia mencari.

Dapur.
Bilik orang gaji.
Bilik mandi.
Bahkan bilik Ean.

Tiada juga mereka berdua berada di situ.

Taehyung mula naik ke atas semula dengan hati yang membara.Gadis itu telah melarikan diri bersama Eddy dan Ean memandangkan baju tadika anaknya ini disangkut rapi seperti tidak dipakai.

Dia masuk ke biliknya.

Barulah dia perasan ada dua pucuk surat dan sebentuk cincin dipercayai cincin perkahwinan Mia berada di meja laci.

Dia mengambil cincin Mia lalu diletak ke tepi manakala dia menatap sekilas surat cerai dan mengambil pula sepucuk lagi surat berwarna kuning.

Maafkan aku kalau selama kita kenal ni banyak sangat dosa aku pada kau.Even aku sendiri pun tak tahu apa yang aku dah buat pada kau selama ni.

Aku dah penat,Taehyung.Aku dah penat.Sabar dan hormat aku pada kau kian menipis.Cinta dan sayang aku pada kau masih tersisa walaupun benci aku ni mula bertandang lepas apa kau buat pada aku selama kita kenal.

Carilah perempuan yang suci dan boleh bahagiakan kau.Aku dah kotor.Walaupun aku tak nak benda ni berlaku dalam hidup aku tapi aku dah pun kotor.Badan aku dah tercemar.Lepaskan aku dan biarlah aku bahagia dengan anak-anak.Janji aku tak akan kahwin sebab bagi aku perkahwinan ni suatu membebankan.

Aku akan pergi jauh-jauh dari hidup kau,Taehyung.Please tolong sign surat cerai tu.Kalau kau benci aku,kau sign.Okay?

Sekian,
Mia.

Terus Taehyung renyuk kertas itu sebelum mencampak kasar masuk ke dalam tong sampah.

Lagi membara hatinya saat melihat tulisan cantik isterinya itu.

Masa itu dia ketawa ngeri.Matanya juga kemerahan kerana terlalu marah.

"Kau tak boleh pergi mana-mana lagi,Sayang.Turtle,kau milik aku!Sampai mati kau tak boleh lari dari aku!"









































Obsession ✓✓Where stories live. Discover now