Obsession 33

2.6K 71 10
                                    

"Turtle?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Turtle?"

"Hurm?"

"Yeobo nak ambik anak-anak kita dekat rumah Eomma ni.Turtle nak ikut tak?"Soal Taehyung sedang bersiap menyarung baju t-shirt berwarna hijau ke tubuh badannya.

Mia yang sedang bermain game pada telefon Taehyung mula berhentikan permainannya.Dia menatap wajah suaminya lama.

Masih dia ingat wajah bengis Puan Byun.Telinganya berlegar mendengar Puan Byun mencaci hinanya kerana fitnah daripada dua ekor syaitan itu.

Gadis itu menggeleng kepalanya sebelum menyambung bermain game PUBG.

"Malas!"Mia mula menyambung main PUBG semula dalam telefon suaminya.

Taehyung hanya mengeluh kecil sahaja sebelum kakinya melangkah ke arah Mia yang duduk di katil.

Dia mula membongkok sedikit tubuhnya sebelum mengucup dahi Mia.Rambut isterinya juga dicium."Yeobo pergi dulu."

"Ok!"Jawab Mia sepatah tanpa menatap wajah Taehyung.Khusyuk sungguh dia bermain telefon lelaki itu.Sekejap berkerut,sekejap bibirnya memaki hamun game ini.

Taehyung menatap pula perut Mia yang sedikit bonjol itu dan kemudiannya mula mengusap sekilas sebelum beredar mengambil anak-anak terunanya.

"Hehehe!Israel koyak!Aku bom tempat dia sikit,dah meraung!Bodoh punya Zionist!"Mia ketawa kuat sambil ibu jarinya lincah bermain game PUBG.








































Puan Byun terkocoh-kocoh membuka pintu kerana mendengar bunyi kereta dari luar.Senyumannya mekar saat melihat kereta Taehyung berada di luar rumah.

Mungkin Taehyung membawa Mia.Jika benar,wanita itu ingin memeluk tubuh kecil itu dan ingin memohon maaf atas kesilapannya.Puan Byun ingin mengusap perut Mia yang sedang membawa waris ketiga keluarga Byun dan keluarga Kim.

Tetapi senyuman Puan Byun mati melihat hanya Taehyung sahaja keluar dari kereta tanpa ditemani oleh isteri.Wajahnya berubah kecewa.

"Mia tak mari ke?"Soal Puan Byun dengan nada hampa.Anganannya untuk memeluk tubuh kecil Mia tidak kesampaian.

Taehyung mengukir senyuman kelat.Dia tahu ibunya kecewa kerana Mia tidak bersamanya."Dia tak sihat."

"Tak sihat ke tak nak jumpa Eomma sebenarnya?"Dia sendiri lontarkan soalan ini tetapi dia sendiri berasa sakit hati dengan ayatnya."Tapi Eomma faham.Kalau Eomma dekat tempat Mia pun memang Eomma sendiri tak nak jumpa mertua bodoh ni."

"Eomma bagilah Mia masa.Tae yakin dia akan berlembut juga nanti."

Puan Byun sekadar mengukir senyuman pahit.Jika itu menantunya mahu,dia akan turuti.Lambat laun Mia akan berubah hati juga.

Taehyung terus masuk ke dalam rumah untuk meninjau kedua putranya.Dia terlalu rindukan Ean dan Eddy.

"Ean,Eddy.Appa datang ni."

Obsession ✓✓Where stories live. Discover now