Obsession 32

2.6K 73 1
                                    

Mia membuka perlahan matanya setelah beberapa jam pengsan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mia membuka perlahan matanya setelah beberapa jam pengsan.

Bau-bauan hospital sangat merimaskan deria baunya.Matanya yang sedikit kabur menatap sekeliling tempat dia baring sekarang ini.Memang benarlah dia berada di hospital.

Tetapi siapa yang menghantarnya?

Takkanlah anak-anak kecilnya yang menghantar?

Pintu di kuak.

Cepat-cepat Mia memejamkan matanya semula.

Bau minyak wangi Taehyung menyengat hidungnya.Jadi Mia tahu bahawa suaminya yang tadi menghantar dia ke hospital.

Kerusi ditarik.

Taehyung mula duduk di sebelah Mia sebelum tangan isterinya digenggam erat.Belakang tangan Mia serasa lembap kerana dicium oleh Taehyung.

"I miss you,Baby Turtle!"

"Tuan Kim,Dr.Seokjin panggil."

"Ok!"

Kedengaran bunyi kerusi ditarik.Tangan kiri Mia dilepaskan.

Taehyung mula berdiri.Wajah pucat Mia ditatap sayang dan rasa bersalah.Dahi licin isterinya dikucup lama.

"I love you,Turtle."Matanya melihat pula ke arah perut Mia yang kempis.Tangannya mula mengusap perut Mia."I love you too,Aegy!"

Taehyung meninggalkan isterinya yang terlantar di katil hospital.

Perlahan-lahan Mia membuka mata sepetnya.Dia menatap sahaja wajah Taehyung yang kian menghilang.

Tangannya yang tiada kesan suntik mula mengusap perutnya yang kempis.Dia berkerut benci sebelum mula bangkit dari katil.Matanya juga menatap kedua putranya yang sedang tidur kepenatan di sofa wad dia huni sekarang ini.

Mual yang dia alami sangat-sangat memenatkan dirinya.Kepalanya menunduk menatap perutnya sendiri.

Sejujurnya Mia tidak bersedia untuk menimbang seorang lagi cahaya mata kerana memikirkan Ean dan Eddy masih terlalu kecil dan perlukan perhatian lebih.

Fikiran jahatnya mula menjelma dan memang tidak berperikemanusiaan.

Mia mahu gugurkan kandungan ini!
















































Taehyung mengangguk faham sahaja mendengar perjelasan Seokjin mengenai anak dalam kandungan Mia dan juga tentang DNA Eddy.

Dia menyesal kerana tidak mempercayai isterinya.Apa yang lebih pedih,selama tiga tahun dia penyebab fobia yang teruk pada Mia dan Eddy.

Sekarang keputusan DNA pada tubuh Eddy memberi tamparan hebat pada dirinya.Ternyata Eddy datang dari benihnya sendiri.Betapa bodohnya dia mempercayai kata-kata Sofia Kim dan Eunwoo.

Obsession ✓✓Where stories live. Discover now