Obsession (LAST)

3.2K 111 22
                                    

Mia menggeleng kepala saat tangannya ditarik perlahan oleh Taehyung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mia menggeleng kepala saat tangannya ditarik perlahan oleh Taehyung.Dia mengeras tubuhnya agar lelaki itu tidak menarik tangannya lagi untuk masuk ke rumah 'neraka' itu.

Mereka berada di rumah Puan Byun untuk menyambut hari perkahwinan mereka yang ke tiga puluh.

Nak atau tidak dia terpaksa jua mengikuti jejak Taehyung untuk berjumpa dengan keluarga suaminya.

Kejadian tiga tahun lepas masih berlegar dalam otaknya.Dia dimalukan oleh keluarga mertuanya.Mia yang masa itu sarat mengandungkan Eddy pernah menjadi bahan mainan Gang Blackpink dan Sofia Kim semasa hari itu berlangsung.

Taehyung langsung tidak membantu malah hanya ketawa melihat dirinya dimalukan oleh keluarga mertuanya sendiri.

"Turtle tak nak masuk!"Mia terus menarik kasar pergelangan tangannya.

Sungguh dia tidak mahu masuk ke dalam rumah itu lagi.Mia khuatir jika dirinya dijadikan bahan mainan keluarga mertuanya sekali lagi.

"Turtle,Eomma ajak kita sambut anniversary dia aja."

"Lepas tu apa?!Kau nak suruh aku jadi bahan lawak keluarga kau!Macam tu ke,huh?!!"Mia terus menolak bahu Taehyung dengan kuat.

Emosinya tidak stabil.

Taehyung tergamam dengan ayat isterinya.Sangat kasar dan biadap.Tetapi dia tidak mahu membalas kelakuan kasar isterinya memandangkan gadis itu trauma dengan keluarganya berserta emosi wanita hamil.

"Turtle,kita dah setuju sama-sama nak jumpa Eomma kot.Janganlah buat perangai.Kita makan-makan lepas tu Yeobo hantar Turtle balik.Kaja!"

"Orang cakap tak nak tu tak naklah!"

"Turtle---!"

"Tak nak!!!"

"Mia!!!"

"Siallah!!!!"

Oleh kerana Mia terlalu bengang,terus tangan kirinya bertindak menumbuk kereta milik Baekhyun dengan kadar kuat sehingga menembus cermin tingkap kereta mewah ini.

Terkejut lelaki itu melihat aksi ganas dari isterinya.Takut dia melihat darah yang mengalir dari belakang tangan milik Mia.

Gadis itu langsung tiada rasa sakit kerana sakit dihatinya lebih pedih dari tangannya sendiri.Kalau luka di luar,boleh juga taruh ubat bagi sembuh.

Kalau luka di hati?

Ubat apa yang boleh merawat hatinya?

Mendengar kekecohan yang berlaku,terus seisi keluarga Taehyung mula keluar melihat keadaan.

Membulat terus mata Puan Byun saat melihat menantunya berada di halaman rumahnya.Lebih menakutkan tangan menantunya luka dan berdarah.

Kakinya menghampiri Mia.

Obsession ✓✓Where stories live. Discover now