Obsession (Special)

2.3K 78 13
                                    

Taehyung melihat sahaja isterinya sedang lena setelah memberi susu badan kepada Erina dan juga Emir

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Taehyung melihat sahaja isterinya sedang lena setelah memberi susu badan kepada Erina dan juga Emir. Bibirnya senyum sedikit.

Macam tak percaya sahaja Mia berada di sisi Taehyung sebagai isteri dan ibu kepada empat zuriatnya. Dia fikir perkahwinannya akan berkekalan bersama Hyeri.

Apa boleh buat?

Dia terlalu cintakan Mia sehinggakan sanggup lakukan apa sahaja agar gadis itu berada dalam dakapannya.

Taehyung mencapai kunci kereta dan berjalan keluar. Namun tiga langkah sahaja, Taehyung berhenti.

"Yeobo nak pergi mana tu? Dah malam ni?" Soal Mia dengan suara serak.

Taehyung menatap jam dinding. Jam pukul dua pagi. Hendak ke mana agaknya lelaki itu hendak pergi seawal ini?

Lelaki itu mengalihkan tubuhnya ke arah Mia yang menatap dengan wajah mengantuk.

"Ah, Yeobo nak keluar kejap. Hyungsik Hyung ajak minum. Turtle okay ke Yeobo keluar ni? Kalau tak bagi, Yeobo cal--!"

"Turtle tanya aja. Pergilah."

"Serius ke Turtle tak marah? Selalunya bini orang lain tak bagi laki dia keluar memalam. Takut cari betina lain."

Mia pula senyum sedikit. "Turtle tahu suami Turtle ni setia. Kalau tak setia, tiga tahun tu boleh aja Yeobo cari perempuan lain dan gantikan perempuan tu jadi ibu Ean."

Taehyung berdehem kecil.

Boleh pula isterinya mengimbas kembali sikap bodohnya kerana membuang Mia dan Eddy gara-gara fitnah Eunwoo, Haram dan juga Sophia.

Betullah apa orang cakap.

Memaafkan, tak semestinya melupakan.

Jika isterinya mengimbas hal itu, Taehyung tidak akan melenting. Tiga tahun Mia dan Eddy mengalami trauma yang hebat!

Tangannya memukul Mia dan Eddy.
Mulutnya pula menggeluarkan kata nista kepada mereka berdua.
Nafsunya memperkosa isteri sendiri dalam keadaan tidak rela. Bahkan kehadiran Erina dan Emir tidak diterima oleh Mia kerana Taehyung. Mujur isterinya sudah waras dan bisa menerima kedua bayi comel ini sepenuhnya.

Bayangkan rancangan Mia berjaya membunuh anak-anaknya sendiri? Pasti Taehyung lagi dihimpit rasa bersalah yang menggila.

"Yeobo menung apa tu? Pergilah jumpa Hyungsik sana tu. Karang lambat pula."

"Ah, nae! Turtle tidurlah." Taehyung menghampiri Mia sebelum memberi kucupan seluruh wajah isterinya.





































"Lama aku tunggu kau, Taehyung. Busy betul semenjak kau dapat Si Kembar ni." Kata Hyungsik semasa Taehyung hendak duduk di kerusi.

Taehyung mula memesan minuman bukan berasaskan kopi sebelum menyambung sembang dengan Hyungsik.

Obsession ✓✓Where stories live. Discover now