BAB 3

9.1K 840 78
                                    

AIDAN yang sudah lena itu direnung. Pipi si kecil itu dielus dengan jarinya. Melihat wajah Aidan sejuk sedikit kemarahannya kepada Rayyan. Mulut Aidan yang memuncung kecil itu membuatkan Arya senyum segaris. Wajah Aidan saling tidak tumpah seperti wajah Rayyan. Cumanya Rayyan tidak comel. Dia handsome je. Hehe.

"Ibu ada kerja lagi kat bawah. Aidan tidur je. Nanti ibu siap, ibu naik teman Aidan ya," ujar Arya kepada si kecil yang pastinya tidak mengerti apa-apa itu. Dikucup lembut pipi montel Aidan.

Setelah itu, Arya bangun daripada baringnya dan turun daripada katil. Selimut dibetulkan. Seperti kebiasaan, dia akan memasang audio bacaan ayat suci Al-quran jika meninggalkan anaknya sendirian di bilik. Moga-moga dilindungi daripada sebarang gangguan.

Langkah dibawa keluar dari bilik itu. Anak tangga dipijak satu persatu turun ke bawah. Banyak kerjanya yang belum selesai di dapur. Selesai makan malam tadi, Aidan merengek. Terpaksalah dia menangguhkan dulu kerja mengemas dapur kerana mahu memujuk si anak.

Tiba di tingkat bawah, Arya terus menuju ke dapur. Sesusuk tubuh yang berdiri di hadapan peti sejuk itu diperhati dengan dahi berkerut. "Daniel?"

Daniel yang baru saja mengeluarkan sekotak susu coklat jenama Dutch Lady menoleh apabila namanya diseru. Melihat Arya yang berdiri di pintu masuk ke dapur itu, dia terus membatu.

"Awak buat apa kat dapur? Bukan dah masuk bilik ke tadi?" soal Arya seraya melangkah ke arah sebuah meja yang berada di tengah ruang dapur itu. Gelas dicapai daripada raknya. Dia kemudian melangkah ke arah peti sejuk.

Melihat Arya menghampirinya, Daniel telan liurnya. Kakinya seperti melekat dilantai dan tubuhnya kaku seperti patung cendana. Masih lagi berdiri di hadapan peti sejuk yang masih terbuka pintunya itu. Walaupun Arya tidak pernah memarahinya, tetapi dia jadi takut pula kepada kakak iparnya itu.

Arya jongket kening memandang adik iparnya. "Awak dah kenapa tegak macam tugu ni? Nampak hantu?"

Daniel laju menggeleng kepala menjawab soalan yang diajukan oleh Arya. Dia tersengih menayang gigi.

"Dah tu, sana sikit boleh tak? Saya nak ambil air," ujar Arya mendatar. Melihat wajah Daniel itu teringat pula dengan wajah suaminya. Mahu saja ditumbuk-tumbuk saja wajah handsome itu. Nasib dia masih waras.

Mendengar kata-kata Arya, dengan pantas Daniel berganjak. Dia berdiri satu meter jauh daripada Arya sambil tangan masih lagi memegang kotak air coklat Dutch Lady yang diambilnya tadi. Mata memerhati saja ke arah si kakak ipar.

Tidak menghiraukan pandangan daripada Daniel, Arya terus mencapai sebotol air oren daripada peti sejuk. Bersama botol air oren itu, dia melangkah ke bahagian hujung kabinet dapur yang menempatkan dua buah kerusi kaunter. Salah satunya dijadikan alas punggungnya. Dibuka penutup botol jus oren itu lalu dituang isinya ke dalam gelas yang dipegangnya. Setelah itu, terus diminum jus oren di dalam gelasnya itu sehingga habis. Lega.

Usai meneguk hampir dua gelas jus oren, Arya bangun semula daripada kerusi dan menuju ke peti sejuk. "Yang awak tercegat je kenapa? Nak minum ke tak nak air tu? Kalau tak nak, simpan semula," ujarnya ketika membuka pintu peti sejuk.

Daniel bagaikan baru tersedar daripada mimpi. Terpinga-pinga. Wajah Arya dipandang bergilir dengan air kotak di tangannya.

"Daniel Louise, awak dengar ke tak apa saya cakap? Nak minum ke tak nak?" soal Arya dengan suara yang sedikit garang.

"Err, tak. Tak jadi. Hehe." Sejurus itu, Daniel meletakkan semula air kotak Dutch Lady itu ke dalam peti sejuk. Gelas di tangannya diletakkan semula di tempat asalnya.

"Dah, keluar sana. Saya nak kemas dapur ni," ujar Arya lantas melangkah ke satu sudut untuk mengambil penyapu bersama penyodok.

Daniel tidak tunggu lama. Bergegas dia keluar dari dapur. Meremang bulu romanya ketika itu. Seperti berhadapan dengan seekor harimau.

BABY GIRL MR ICEBERG EDISI RAYA (DIBUKUKAN)Where stories live. Discover now