RANDOM TEASER #1

473 20 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

RANDOM TEASER #1

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

RANDOM TEASER #1

“HUBBY...”

Goncangan lembut di bahunya itu mengejutkan Rayyan daripada lena.  Wajah yang tadinya disembam pada meja makan diangkat.  Pandangannya sedikit kabur. 

“Hubby...  Tolong kejutkan Daniel dengan dua kawan hubby tu. Dah pukul berapa dah ni. Nanti lambat nak sahur,” ujar Arya. 

“Pukul berapa ni?” soal Rayyan dalam keadaan mamai.  Dia menguap besar.  Haih, niat mahu menolong isterinya memasak.  Tetapi masuk dapur, dia terus terlentok. 

“Dah nak pukul lima ni.  Cepatlah.  Tak sempat makan nanti diorang,” omel Arya. 

“Okay.” Rayyan akur.  Kerusi yang diduduki olehnya ditolak ke belakang.  Dia bingkas bangun dan melangkah ke arah tangga yang akan membawanya ke bahagian atas rumah itu.  Sambil melangkah, jari menenyeh mata untuk menghilangkan rasa kantuk.

Naik saja ke bahagian atas rumah kayu itu, ruang tamu dituju.  Dalam keadaan ruang tamu yang suram itu, jelas di penglihatannya tiga susuk manusia yang masih lena di tengah-tengah ruang tamu itu.  Pelbagai gaya.  Rayyan geleng kepala.  Suis lampu ditekan.  Automatik seluruh ruang tamu itu menjadi terang.  Dia kemudiannya melangkah ke arah tiga susuk manusia itu. 

“Woi, bangun.  Sahur,” kejutnya sambil menyepak kaki seorang demi seorang manusia di situ. 

“Hmm...”

Mengecil mata Rayyan apabila hanya bunyi itu yang kedengaran.  Tiga lelaki itu masih lagi tidur.  Siap berdengkur.  Nafas ditarik sebelum dihela kasar. 

“Woi!  Bangunlah!  Sahur!” Sekali lagi, dia mengejutkan tiga lelaki itu.  Kali ini oktaf suaranya ditinggikan. 

Namun seperti tadi, juga tiada respon daripada tiga lelaki itu.  Masing-masing masih lena diulit mimpi.  Rayyan ketap bibir.  Sabar sabar sabar. 

“Hubby!  Bangun tak diorang?”

Kepala Rayyan tertoleh sedikit apabila mendengar jeritan itu.  Dia mengeluh kecil.  Perlahan langkah diatur meninggalkan ruang tamu.  Dapur dituju semula. 

“Mana diorang?  Hubby kejut ke tak?” Arya yang berdiri di sebelah meja makan menyoal. 

“Dah kejut.” Mendatar Rayyan menjawab.  Meja makan dihampiri.  Punggungnya dilabuhkan di kerusi sama yang diduduki olehnya tadi. 

“Habis tu, mana diorang ni hubby? Kata dah kejut?” soal Arya lagi.  Jam yang tergantung pada dinding dapur dilihat.  Sudah pukul lima.

“Tak bangun pun.  Haihh...”

Terlepas satu keluhan kasar daripada Arya mendengar jawapan Rayyan.  “Diorang ni tak nak puasa ke.  Dah besar pun tak pandai nak bangun sahur sendiri,” omelnya seraya melangkah ke arah sinki. 

Rayyan garu kepala sendiri.  “Aku kejut lagi sekali.” Dia bingkas bangun.  Baru saja dia ingin mengatur langkah, lengannya dipegang.  Kemudian dia ditolak semula duduk di atas kerusi.  Rayyan terkebil melihat isterinya.  

“Biar saya kejut diorang,” ujar Arya lalu melangkah ke arah tangga. 

“Jag air tu nak bawa ke mana?” soal Rayyan apabila melihat Arya membawa jag berisi air kosong. 

“Ajar budak tak nak bangun sahur.  Siap diorang.  Tak nak bangun ya.  Tengok apa seorang Yaya boleh buat,” ujar Arya.  Anak tangga didaki naik ke atas. 

Rayyan hanya membiarkan.  Bukan besye-besye isterinya.  Habislah Daniel, Rafiq sama Isyraf.  Pasti kena siram air. 

“Argh!”

Bahu Rayyan terhinjut apabila jeritan itu kedengaran.  Tidak lama kemudian, tiga susuk manusia berlari masuk ke ruang dapur itu.  Wajah ketiganya sedikit basah. 

“Sahur!  Susah sangat nak bangun!  Dah tua dah pun, bukan budak lagi nak kena kejut bagai.”

-----

PRE-ORDER UNTUK NOVEL BABY GIRL MR ICEBERG EDISI RAYA DIBUKA SEHINGGA 12/12/2022 ❗

:: Boleh lihat poster di atas.

Sila ORDER melalui WHATSAPP di nombor telefon : 0135712413

Kalau nak lagi senang, tekan je link di bio.

THANK YOU & HAPPY BUYING ❤️

BABY GIRL MR ICEBERG EDISI RAYA (DIBUKUKAN)Where stories live. Discover now