BAB 4

8.5K 773 32
                                    

"LAMA lagi ke?"

Arya yang baru selesai menarik zip pada beg pakaian Aidan menoleh. Melihat seraut wajah Rayyan, bibirnya tersenyum. "Hubby..."

"Lagi 15 minit kita nak gerak dah. Kau tak siap pun lagi," ujar Rayyan mendatar. Tubuhnya disandarkan pada tepi pintu. Mata merenung tepat ke arah si isteri. Aidan sedang lena di atas katil.

"Dah siap kemas dah. Saya salin baju sekejap ya. Tunggu tau." Arya bingkas bangun daripada duduk di atas karpet berbulu itu. Pintu almari pakaian dibuka. Dia membelek-belek pakaian yang tergantung di dalam almari itu. Sehelai blouse berbunga halus dicapai bersama sehelai palazo. Kemudian, bergegas dia melangkah ke bilik air.

Rayyan yang masih berdiri di muka pintu itu hela nafas perlahan. Perlahan langkah diatur menuju ke arah di mana beg pakaian Aidan berada. Dicapai tangkai beg bersaiz sederhana itu lalu dia keluar semula dari biliknya.

Sebelum dia turun ke tingkat bawah, dia sempat menuju ke bilik seseorang. Daun pintu berwarna coklat gelap itu diketuk beberapa kali.

"Who?" Suara Daniel menjerit daripada dalam bilik.

"Hurry up! Lima minit kau tak turun, kau tinggal!" balas Rayyan dalam nada menjerit.

"Baik abang! Two minutes!"

Rayyan mendengus kecil. Tidak mahu menunggu, dia melangkah ke arah tangga. Anak tangga dipijak satu persatu sehingga tiba di tingkat bawah. Pintu utama dituju. Kasut kesayangannya yang berada di atas rak dicapai dan disarungkan ke kaki. Setelah itu, kereta miliknya yang sudah diparkir di halaman rumah dituju. Pintu bahagian penumpang belakang dibuka lalu diletakkan beg pakaian Aidan di tempat duduk.

Pin pin!

Bunyi nyaring hon itu membuat Rayyan tersentak. Tubuhnya ditegakkan. Dia memandang ke luar pagar. Melihat kereta yang berhenti di hadapan pagar rumahnya itu, terus dibuka kunci pada pagar automatik rumahnya itu. Kereta berwarna merah itu terus masuk ke dalam perkarangan rumahnya itu dan berhenti benar-benar di sebelah keretanya.

"Nak gerak dah ke?" soal Rafiq sebaik cermin kereta bahagian penumpang diturunkan.

"Tunggu anak bini aku, dengan Daniel," balas Rayyan. Tubuhnya disandarkan pada badan kereta. Sesekali dia kerling jam yang melilit pergelangan tangannya.

"Bini kau tahu tak kitorang nak ikut?" Isyraf yang duduk di bahagian pemandu menyoal.

Rayyan diam sejenak mendengar soalan yang diajukan. Oh, dia terlupa mahu bagitahu Arya tentang itu. Apa agaknya reaksi isterinya kalau tahu dua sahabatnya itu ikut mereka. Jadi rimau tak?

"Hubby!"

Segala yang bermain di fikiran Rayyan hilang apabila mendengar jeritan itu. Bebola matanya beralih daripada terus merenung kereta Rafiq. Kelihatan Arya dan Daniel sedang melangkah ke arahnya.

"Dah. Tak ada apa tinggal kan?" soal Arya sebaik dia tiba di sebelah suaminya.

"Eh, mana aku tahu. Kau yang kemas semua benda. Pastikan tak ada apa tinggal. Aku malas nak patah balik nanti," ujar Rayyan berbaur amaran.

"Rasanya tak ada kot. Jomlah gerak." Arya bergerak ke bahagian penumpang hadapan. Namun niatnya yang mahu masuk ke dalam kereta terbantut apabila sedar ada kereta lain di situ. "Hubby..."

Rayyan yang baru buka pintu kereta pandang ke arah Arya. Keningnya diangkat menggantikan soalan.

"Kenapa diorang ada?" soal Arya menunjuk ke arah kereta di sebelah suaminya itu.

BABY GIRL MR ICEBERG EDISI RAYA (DIBUKUKAN)Onde as histórias ganham vida. Descobre agora