LAST DAY PREORDER

314 13 0
                                    

Assalamualaikum. Hai. Cuma nak maklumkan bahawa hari ni adalah hari terakhir Preorder SINGLE BGMI RAYA & KOMBO BGMI. Seperti saya nyatakan sebelum ni, BGMI Raya takkan buka pre-order lagi lepas ni. Jadi, kalau nak dapatkan BGMI Raya versi cetak ni, dapatkanlah sekarang. Preorder sampai 12 tengah malam ni saja. Esok-esok saya dah tak terima order.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Untuk urusan tempahan atau sebarang pertanyaan, boleh WhatsApp saya di nombor 0135712413

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Untuk urusan tempahan atau sebarang pertanyaan, boleh WhatsApp saya di nombor 0135712413. Boleh juga tekan link di bio saya.

Thank you & happy buying ❤️

-----

RANDOM TEASER BGMI RAYA

“Masuk! Nak maghrib ni. Senja-senja gini, biasa kat luar tu ada penyabit. Dia suka sabit kepala orang campak kat bawah jambatan.”

Niat Arya yang kononnya mahu merajuk lama terbatal apabila mendengar kata-kata suaminya. Liur ditelan. Dia toleh kiri kanan depan belakang. Tiba-tiba bulu romanya meremang.

“Tu, penyabit datang!”

Mendengar jeritan Rayyan, terus membulat mata Arya. Dia berlari laju ke arah Rayyan.

Mahu meletus ketawa Rayyan ketika itu, namun dia cuba tahan.

“Dah, jom masuk.”

Tidak membantah, Arya buka kasut yang dipakainya.

Hei, jalanlah elok-elok. Ni dah kenapa nak peluk memanjang,” bebel Rayyan.

“Takut...”

“Tak ada apalah. Penyabit tengok kau, dia yang lari,” balas Rayyan.

*****

“Kau marah aku sebab hal petang tadi. Kan?” tebak Rayyan.

Arya berdehem kecil menjawab soalan suaminya. Ya, betullah tu. Dia marah melihat Rayyan dipeluk oleh gadis lain yang dia sendiri tidak tahu siapa. Walaupun dia tahu bukan salah Rayyan, tetapi dia tetap nak marah.

“Tu sepupu aku. Anak sedara mama.”

“Lepas tu? Fikir boleh peluk hubby suka hati dia? Urgh!” Arya melepaskan kemarahannya.

“Dia yang tiba-tiba peluk. Bukan aku nak.”

“Tak kira! Saya marah jugak! Hubby saya punya. Perempuan lain tak boleh peluk. Saya je boleh.” Tegas Arya.

*****

“Hubby, kenapa ada yang campak duit dalam kolam tu?” Arya jadi bingung apabila melihat ramai pengunjung di situ membaling duit syiling ke dalam kolam.

Mitosnya kalau baling duit ke dalam kolam secara membelakangi, dijanjikan akan datang semula ke sini.”

Arya angguk kecil. “Saya nak jugalah.” Dia mula menyeluk beg silangnya.

“Tak payah!” Tajam mata Rayyan memandang si isteri.

“Kenapa?” Arya menarik muncung sedepa.

“Tu semua mitos. Yang dapat duit-duit ni nanti, yang tukang kutipnya. Kita apapun tak dapat. Kau tak baling duit pun, boleh je datang sini lagi. Dah laki kau orang sini.”

*****

Makanlah. Tenung apa lagi?” Rayyan yang sudah mengambil tempat berhadapan dengan isterinya menyoal.

“Hubby beli mana semua makanan ni? Halal tak?”

Pak!

Terpejam mata Arya tatkala dahinya dijentik oleh jemari Rayyan.

“Soalan tu, tak boleh bijak lagi ke?”

“Apa? Salah ke?” Arya tayang wajah seposen. Dahi yang sedikit perit itu diusap perlahan.

“Takkan aku nak bagi kau makan benda haram? Hei, puk jugak dia ni.” Rayyan cuba tahan sabar. Haih, bukan Arya kalau tak buat dia geram.

BABY GIRL MR ICEBERG EDISI RAYA (DIBUKUKAN)Where stories live. Discover now