BAB 5

8.3K 811 71
                                    

SEPERTI yang ditunjukkan oleh Arya, kereta yang dipandu Rayyan membelok ke sebelah kiri, memasuki sebuah lorong yang sememangnya muat-muat untuk sebuah kereta lalu. Tidak lama kemudian, sebuah rumah kayu mula menyapa pandangan masing-masing.

"Tu ke rumah kau?" Rafiq yang duduk di bahagian belakang menyoal.

Arya mengangguk laju menjawab soalan Rafiq. Dia sudah tidak senang duduk. Bibirnya pula tidak lekang dengan senyuman. Setelah menempuh perjalanan berjam-jam lamanya, akhirnya tiba juga di rumah kampungnya itu. My sweet home! Rumahku syurgaku!

"Ada hantu tak kat sini?" soal Isyraf tiba-tiba.

Automatik senyuman di bibir Arya pudar. Dia menoleh sedikit ke belakang. "Hantu?"

"Yalah. Biasa kampung gini banyak hantu. Kan?"

Arya tepuk dahi mendengar kata-kata Isyraf. "Selama saya tinggal sini, tak pernah lagi jumpa hantu. Banyak tengok drama je dia ni."

"King, kau pernah jumpa hantu?" Isyraf menyoal kepada Rafiq.

"Pernah. Hantu tu ada dengan aku sekarang ni," balas Rafiq selamba.

"Seriuslah? Mana?" Kepala Isyraf tertoleh-toleh. Kiri, kanan, depan dan belakang.

"Kau hantu." Selamba Rafiq menjawab.

Wajah Isyraf yang tadinya teruja terus berubah riak. Bahu Rafiq ditumbuk kasar melepaskan geram.

Rayyan yang sedang memandu itu hanya menggeleng kepala. Malas mahu masuk campur. Karang terbabas pula. Kereta yang dipandunya dihentikan di hadapan rumah kayu itu. Belum sempat dia mematikan enjin, kedengaran bunyi pintu kereta dibuka. Rayyan toleh ke kiri. Kosong.

"Excited lain macam bini kau," ujar Rafiq lalu membuka pintu kereta. Dia terus keluar daripada perut kereta.

Rayyan tersenyum segaris. Dia turut keluar daripada kereta. Aidan yang sedang lena di dalam dakapan Daniel diangkat. Kemudian, dia melangkah menuju ke arah isterinya yang sudahpun berada di hadapan pintu utama rumah kayu itu.

"Hubby, sukanya saya dapat jejak kaki kat rumah ni. Terima kasih tau bawa saya balik kampung. Sayang hubby." Arya tersengih ke arah Rayyan. Tangannya sibuk membuka kunci pada pintu.

"Anything for you," balas Rayyan seraya mengusap lembut kepala isterinya. Melihat wanita itu gembira, dia turut gembira.

Arya tersenyum lebar. Pintu kayu itu terus dikuak lebar. Sandal yang dipakai dibuka lalu dia terus masuk ke dalam rumah itu. Bahagian tepi pintu diraba sehingga jarinya menyentuh sesuatu. Ditekan. Automatik rumah yang tadinya gelap-gelita menjadi terang benderang.

Rayyan yang berada di sebelah isterinya ralit memandang setiap inci ruang tamu rumah itu. "Kemas je rumah ni. Tak macam rumah lama kena tinggal," ujarnya melangkah ke arah kerusi yang terletak di tengah-tengah ruang tamu itu. Punggungnya dilabuhkan di situ.

"Mak cik saya kot tolong kemaskan," ujar Arya. Kakinya melangkah tanpa hala tuju. Sekejap ke dapur, sekejap ke belakang rumah. Masuk bilik, keluar bilik. House tour gitu.

"Mana bilik kita tidur? Aku nak letak Aidan dulu. Lepas ni nak angkat beg lagi."

"Oh, jom ikut saya." Arya menarik tangan Rayyan agar mengikutnya.

Rayyan akur. Dia hanya mengikut ke mana saja Arya menariknya. Sehinggalah mereka tiba di hadapan sebuah bilik yang terletak di bahagian tengah rumah itu. Daun pintu yang tertutup rapat itu dikuak oleh Arya. "Ni?"

"Aah. Nanti Daniel tidur bilik sana." Arya menuding jari ke arah sebuah bilik lain.

Rayyan memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Arya. Kemudian dia pandang semula ke wajah isterinya. "Yalah. Nanti aku bagitahu diorang. Nah, bawa Aidan masuk dulu. Aku angkat beg."

BABY GIRL MR ICEBERG EDISI RAYA (DIBUKUKAN)Where stories live. Discover now