Hubungan : Antara heteroseksual dan homoseksual

121 12 27
                                    

Situasi :

Sofea (bukan nama sebenar) merupakan seorang setiausaha yang berumur 28 tahun. Anak kedua dari lima beradik dan kini menetap di Kelana Jaya. Baru-baru ini Sofea berjumpa kembali dengan Haris (bukan nama sebenar). Haris merupakan sahabat lama Sofea. Setelah beberapa bulan berkawan rapat, Haris meluahkan perasaan sayangnya pada Sofea. Nampaknya Haris tidak bertepuk sebelah tangan. Sofea juga mempunya perasaan yg sama.

Masalah bermula apabila hubungan antara Haris dan Sofea diketahui oleh Sham. Sham merupakan teman serumah Sofea merangkap kekasihnya. Ya, Sofea dan Sham merupakan sepasang kekasih sejenis. Apa yang menjadi isu adalah Haris hanyalah bekerja sebagai pemandu e-hailing berbanding Sham yang merupakan seorang Executive disalah sebuah syarikat terkemuka.

Hubungan terlarang antara Sofea dan Sham bermula pada tahun pertama mereka berkenalan disalah sebuah institute pengajian tinggi di ibu negara. Sofea yang sebelum itu pernah bercinta dengan seorang lelaki namun hubungan mereka dihalang oleh kedua orang tua lelaki terbabit. Akibat patah hati, Sham yang mulanya hanya memberi kata-kata semangat kepada Sofea telah berjaya menawan hati Sofea dengan sikap ambil beratnya. Hubungan terlarang tersebut berlarutan hampir 10 tahun. Selain dilayan bagai puteri, Sofea juga diberi kemewahan dan kesenangan oleh Sham. Sham membelikan Sofea sebuah kereta untuk memudahkan pergerakan Sofea untuk kemana-mana. Selain itu, Sham juga memberi “duit poket” yang agak banyak untuk perbelanjaan bulanan Sofea. Segala keperluan Sofea disediakan sebaiknya oleh Sham.

Sham yang kecewa dengan Sofea telah mengambil jalan untuk mengundur diri seterusnya keluar dari rumah sewa mereka. Sofea berasa amat kecewa kerana masih sayangkan Sham biarpun dia telah mempunyai teman lelaki. Namun pada Sham, dia begitu kecewa dengan pilihan Sofea. Padanya biarlah lelaki pilihan Sofea sama taraf pendapatan dengannya ataupun lebih baik kerana dia tidak mahu Sofea hidup susah. Haris pernah mengajak Sofea berkonsi duit untuk mendirikan rumah tangga. Dari sini sudah boleh diagak level kewangan Haris.Sofea juga tidak mahu kehilangan Sham walaupun hanya sekadar kawan. Hubungan mereka bukan sekadar kekasih tetapi kawan baik dan juga adik beradik.

Apakah yang seharusnya dilakukan oleh Sofea? Teruskan hubungan dengan Sham dan hidup selesa atau berhubungan dengan Haris namun akan menghadapi kekangan kewangan?
 

This Is My LifeWhere stories live. Discover now