Tangan panas

248 15 58
                                    

Biasa tangan panas ni dikaitkan dengan kalau kita tanam, tanaman tu tak menjadi. Tapi ada yang kata benda tu karut je. Kebetulan kot ye, tiap kali bertanam, tak berhasil. Pokok mati la, tak berbuah la, paling sadis kene sondol dek babi. Babi betul babi tu.

Seingat aku, aku tanam serai dengan pokok ubi kayu masa kat rumah sewa dulu, alhamdulillah.. elok menjadi, siap dapat share dengan jiran. Jadi bab bercucuk tanam mungkin tangan aku elok je kot. Tapi, untuk aku, tangan panas nie jadi sebab aku selalu terjahanamkan barang. Biasanya tanpa niat la. Kalau dengan niat tu dh lain tajuk dia 😂.

Tahun nie saja aku dah jahanamkan 2 bijik blender. Yang baru dibeli ye. Aku pun tak tau la, memang barang sekarang nie level pakai buang ke, atau apa. Blender lama aku jenama Khind kot, aku pakai agak lama la, 2-3 kalau tak silap. Lepas tu aku beli baru. Konon nak support local product, aku beli la jenama Mag. Kali pertama pakai, ok. Masuk kali kedua, xtau mana silap, eh, dia bole bunuh diri pulak. Tetiba kaput. Aku pun buat la cerita sedih kat suami, dia pun bagi approval untuk aku beli lagi sebiji blender. Aku pn pilih jenama Elba. Well known brand kan. Sebenarnya aku agak jarang la guna blender. Setakat nk menumis nie, aku lagi suka menumbuk. Tapi, kalau time malas tu, guna blender kan lagi senang. Untuk blender Elba nie, dier jahanam sebab aku dah salah guna 😂. . Aku eksaited nak buat keropok lekor, masa aku blend isi ikan tu, aku bantai tak letak air. Bila benda tu payah nk bergerak, aku paksa jugak. Stupid me. Dah jahanam benda alah tu. Aku bgtau la kat suami, dier macam biasa la, buat muka stoned dia. Mungkin tak terluah dimulut. Haha..

Aku tengah nak susun ayat nie, nak mintak blender baru. Kalau sudi, nak la mintak korang suggest blender brand ape yang berpatutan harga dan kualiti. Dan doakan aku dapat blender baru sebelum raya ye.

This Is My LifeWhere stories live. Discover now