Kejiranan

241 15 2
                                    

Rezeki dapat jiran yang baik nie bukan semua orang dapat. Ramai je jiran yang bermasam muka, bergaduh dengan alasan yang pelbagai. Pasal kucing gelandangan pun bole jadi isu nak bermasam muka. Dulu-dulu masa duduk rumah flat,  memang tak kisah sangat dengan jiran. Umur pulak muda remaja lagi. Tapi bila dah berumah tangga, baru la sedar pasal nie.

Masa mula - mula pindah taman perumahan ni, cuma ada beberapa keluarga melayu yang sampai sudah aku tak kenal. Selebihnya kaum cina dan india. Rumah kiri kanan aku pun keluarga berbangsa cina. In fact, masa auntie sebelah rumah aku nie meninggal, kebetulan aku terdengar anak dier menjerit dan sebagai jiran yang baik, aku pun pergi jenguk dan tolong ape yang patut. Teringat pulak kat mendiang auntie tu(sampai sudah aku tak tau nama dia) dier suka panggil aku (dier panggil aku kakak) ajak sembang, sebab dier duduk berdua je dengan cucu lelaki dia kat sini. Bila tau dia ada cancer, memang dia down la. Dia cakap dah tak ada harapan, tunggu tuhan ambil je. Aku pulak speechless. Takut salah cakap. Nak pulak lain kepercayaan kan. Aku cuma senyum sambil buat muka kesian je la dengar dia bercerita. Tu je la yang mampu aku buat, nak suruh dia bersabar, aku yakin, mereka yang diuji sangat bersabar menghadapi ujian.

Lepas beberapa tahun baru la aku ada jiran - jiran melayu. Aku teringat, mak aku ada cakap, elok jugak la aku nie berjiran dengan orang cina. Awalnya aku tak faham, tapi bila dah lama hidup berjiran ni, sikit sebanyak aku makin faham. Ada orang yang kurang senang kalau orang lain lebih. Ada yang suka bercerita segala benda yang dia beli dan macam-macam lagi la perangai. Aku? Aku dengar je sambil memberi senyuman paling manis. Ye la, aku ni, kalau panjang umur, memang akan berkampung kat sini la. Jadinya tak nak la ada masalah dengan sesiapa kan.

Musim pkp nie, untung jugak, selalu je petang-petang jiran hantar makanan. Alhamdulillah, rezeki anak². Aku pulak tengah mengumpul kerajinan nak membalas segala tupperware dan tipuware dorang. Rajin aku nie macam tercicir kat tepi jalan la aku rasa. Masa kat kampung hari tu, bukan main rajin lagi aku masak macam-macam. Balik je rumah sendiri, a lahai.. Malas.. Aduhhhhh...

 

This Is My LifeWhere stories live. Discover now