04 - Kamu

20 1 0
                                    

Tentang adik perempuan

Kamu belum cukup ranum
satu dan setengah dekad kamu belum erat dakap
banyak lagi makna dan rupa yang kamu belum hidu
kamu terlalu muda
untuk merasakan kejahatan
lagikan mengisar kesengsaraan.

Dunia masih berkabus untuk kamu
walaupun aku selalu melayang dingin
aku sayang erat
dan mahu yang terbaik buat kamu
kamu yang beruntung menikmati awal kesenangan ini
tidak seperti kami yang bergaul tumpah dengan keperitan
yang cuba berdiam dengan kesukaran.

Kamu adik kami yang paling kecil
tanpa kamu, seri hanyalah kata sifat yang sunyi
tanpa kamu, lengkap hanyalah berbezaan yang terpencil.

Aku sayang kamu sungguh sungguh.

Oktober 27, 2021.
Abang kamu

21 Ke 14 Dalam 11 Untuk 21Where stories live. Discover now