06 - Rumah Biru

11 1 0
                                    

Tentang nenek dan atok

Rumah bercat warna biru itu adalah laman dan jelapang
yang aku segar ingat
ia adalah landasan dan tapak permainan yang aku suka hebat hebat
namun rumah biru itu
kini kosong, terbiar dek kepesatan manusia yang terbang dan tunduk mengikut kekuatan masing masing.

Aku adalah cucu kedua yang lahir dari anak perempuan sulung kamu yang keseorangan
Rumah biru itu turut membesarkan kami dan lain lain sehinggakan kami berjaya di mata mata yang menyukainya.

Kamu berdua adalah ibubapaku yang asing kerana aku faham dan akur malang dan kisah yang sering disensasikan kepada anak anak anak anak kamu.

Nenek seorang yang ligat, sentiasa berputar pesat menjadi ibu dan nenek yang terbaik buat kami semua.

Atuk seorang yang hebat, berjaya mengawal rasa tak pernahpun melenting genting hanya kuat berusaha menjadi ayah dan atuk yang terbaik buat kami semua.

Rumah biru milik kamu adalah segalanya bagi kami namun kini ia hanyalah pening galan yang Usang, yang disayangi yang ditangisi.

Rumah biru itulah acuan dan laman bagi segala kebebasan.

Oktober 29, 2021.
Cucu kamu

21 Ke 14 Dalam 11 Untuk 21Where stories live. Discover now