12 - Ruang Lorek

5 1 0
                                    

Tentang pemberi hadiah buku

Kamu kini menyajikan ayam goreng
Itu hanya bujti konkrit yang aku boleh lorek
Kita pernah ditempat disebelah sebelah
Melorek ilmu susah
Membantu aku yang terlalu banyak lubang korek.

Kamu kini menjadi wanita paling cantik
Yang dulunya memang sudah cerdik, molek
Kita pernah berkawan dalam ruang hijau yang disuntik,
Disuntik dengan rasa penat dan rasa melarat
Kita dulu melorek dalam ruang hijau yang sama

Namun aku gagal
Aku bencikan ruang hijau itu
Ia tidak pernah sempit,
Ia tak pernah bingit
Cuma kehadapan sakit; yang aku bawa ini
Menjadikan semuanya perit.

Tapi ini puisi tentang gadis pemberi buku,
Kamu terlalu baku dalam hal hal yang baik
Kamu terlalu baku dalam perkara perkara mantik,
Kamu adalah rakan lorek yang aku doakan akan kejayaan.

Namun selepas ruang lorek habis dan hilang
Kita perpisahan secara tidak rasmi
Tidak ketahui,

Bolehkah aku melorek kamu dan kamu juga melorek aku?
Kali itu lorek yang cantik cantik.

November 4, 2021.
Kawan lorekmu

21 Ke 14 Dalam 11 Untuk 21Where stories live. Discover now