16 - Kita Kemudiannya

5 1 0
                                    

Tentang kawan rapat universiti

Kita kemudiannya menjadi teman teman seperjuangan dalam jurusan yang orang ramai tak beberapa fasih, namun kita telah fasih dengan ilmu yang kita telah laparkan dan hadam.

Kita menjadi kawan kawan rapat di universiti yang kurang tenang ini, hanya untuk menenangkan hati  masing masing.

Kita kemudiannya menjadi teman teman sepermainan yang sama lasak dan sama semput,
Lalu kita ada bergurau dan gaduh untuk tarik tolak diri masing masing. Permainan kita sungguh bererti kerana ia merupa ciri ciri diri yang baik dan membuang bentuk bentuk buruk sendiri.

Kita Kemudiannya menjadi teman teman harian,
Berjumpa dan makan selantai, bergerak dalam rombongan, bersedih dalam keikhlasan.

Kita kemudiannya tamat pada semester akhir masing masing. Ada yang lebih lebih awal, ada yang awal dan. Semoga kita berjaya di dunia yang fana ini dan akhirat yang kekal sejati.

November 2021,
Kawan kamu.

21 Ke 14 Dalam 11 Untuk 21Where stories live. Discover now