CYT 5

8.1K 334 13
                                    

MASIH terngiang-ngiang lagi di telinga Aareen akan kata-kata Puan Asiyah. Dan perkara itu menyebabkan Aareen tidak pernah hidup dengan tenang beberapa hari selepas peristiwa terserempak dengan wanita itu ketika dia keluar bersama Haiyan. Patutlah pada awal Puan Asiyah dan Hana memandang dia aneh seperti dia itu alien yang datang dari planet lain. Rupanya dua beranak sudah tersalah anggap bahawa dia adalah girlfriend kepada Haiyan.

"Reen boleh jadi menantu Aunty. Kan?"

Aareen menggelengkan kepala saat kata-kata itu menjengah masuk ke dalam mindanya. Sudah puas dia cuba hapuskan tetapi tidak berhasil. Setiap saat dan setiap hari dia cuba untuk berfikir positif dengan mengatakan Puan Asiyah hanya bergurau.

Resah.

Aareen resah bila terfikir jika apa yang diperkatakan Puan Asiyah itu adalah bukan gurauan. Macam mana kalau dengan tiba-tiba ahli keluarga Haiyan masuk meminangnya?

Pipi ditampar.

"Reen wake up. Kau ni dari dulu sampai sekarang berangan je kerja." Marahnya pada diri sendiri sebelum menyambung. "Tak mungkin dia orang boleh meminang kau sebab dia orang bukan kenal pun rumah kau dekat Raub tu."

"Tapi kenapa Mama Encik Haiyan cakap macam tu eh?"

Terhenti monolog Aareen apabila kedengaran ketukan pintu bilik dari luar. Sudah diagak siapa gerangan itu. Dengan malas dia bangun dari katil dan membuka pintu.

"Abang nak apa malam-malam macam ni?" muka toya ditayang depan Raif.

"Jom ikut abang kejap."

"Pergi mana pula malam-malam macam ni? Orang nak tidur la esok ada kelas." Aareen beralasan. Yang sebenarnya dia malas hendak menukar pakaian. Bila dia sudah menyarungkan uniform tidur itu bermakna memang dia tidak akan keluar ke mana-mana selepas itu. Sebab malas.

Raif buat muka kesian. Perutnya berkeroncong kerana teringin makan Char Kue Teow di pasar malam. Adik dia adalah mangsa paling tepat untuk dibawa berteman ke sana.

Aareen faham akan riak wajah itu. "Abang, Reen malas nak tukar baju la. Malas nak siap. Abang pergi je la nak pergi mana pun. Reen dah nak tidur."

"Reen please." Rayu Raif.

Keluhan Aareen lepaskan dan senyuman paling plastik dia tayangkan. Dia memang kalah dengan abang sendiri. Atau lebih tepat dia tidak akan membantah sedikit pun apa yang dikatakan abangnya itu. Adik mithali la senang cakap.

"Okay la. Tapi, Reen tunggu dalam kereta je boleh tak? Malas la nak tukar baju lain. Boleh?"

Raif mengangguk. Okay lah dari Aareen tidak temannya ke sana. Maknanya dia harus tukar plan dari makan disana kepada beli dan bungkus makan dirumah disebabkan adiknya yang pemalas itu.

"Kejap Reen ambil tudung." Dengan segera Aareen kembali masuk ke dalam dan membuka wardrobe. Tudung bawal yang telah tersedia digosok itu dicapai. Sebenarnya itu adalah tudung emergency bagi dia. Senang kalau kesuntukkan masa terus ambil dan pakai saja.

Tidak sampai 15 minit mereka sudah sampai dipasar malam. Walaupun jam sudah hampir 11 malam, masih ramai orang yang merayau-rayau dipasar malam itu.

"Reen sure ni nak tunggu dalam kereta?" Soal Raif sebaik sahaja seatbelt dibuang dan dia sedia untuk keluar.

"Yes. Abang pergi je la. Lagipun cermin kereta abang ni kan gelap. Tak ada siapa yang boleh nampak Reen dalam ni." Jawab Aareen yakin.

"Okay. Lock pintu. Abang pergi sekejap je." Sempat Raif memesan kepada Aareen sebelum terus keluar dari perut kereta. Tanpa melengah dia terus menuju ke arah gerai makanan.

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Donde viven las historias. Descúbrelo ahora