CYT 56

11K 330 40
                                    

TURUN dari kokpit, Raif segera melangkah keluar dari pintu berlepas. Perjalanan pergi dari Malaysia ke Singapura langsung tiada patah yang dikeluarkan dari dia ketika mengawal kapal terbang bersama Fattah. Begitu juga sewaktu perjalanan pulang. Dia perasan, Fattah sesekali memerli dia tidak puas hati. Mungkin tidak puas hati bila dia masih hidup dan sihat walafiat.

"Raif. Sihat?" 

Suara Fattah memecahkan kesunyian dikawasa tempat letak kereta. Kebetulan kereta Raif dan juga Fattah diletak secara sebelah menyebelah. Dan mereka berdua juga sibuk memasukkan bagasi ke dalam bonet belakang. 

Bibir Raif tergaris senyuman penuh sinis. Bonet belakang ditutup kemudian dia mengalihkan badan menghadap Fattah disebelah. 

"Alhamdulillah, aku masih sihat lagi. Kenapa? Kau ingat aku dah mati ke?"

Fattah tertawa pura-pura terhibur. "Well aku happy bila kau sihat. Oh, aku dengar adik ipar kau masuk wad. Macam mana keadaan dia? Tenat ke?" 

Kali ini Raif pula yang berpura-pura ketawa. "Allah masih panjangkan umur adik ipar aku tu. By the way, cepat kau dapat info. Dari mana?"

"Come on Raif. Ni Amir Fattah la. Kalau adik ipar kau curang pun aku boleh tahu, ini kan pula bila melibatkan nyawa dia. Lagilah aku cepat je tahu. Sebab... aku tak sabar nak kahwin dengan adik kau tu. Tak sabar nak jadi adik ipar kau."

Raif berdecit. Besar sungguh impian Fattah. Gila ke apa? Lepas buat hidup dia dan Aareen porak peranda, masih lagi berharap dia akan menerima Fattah jadi adik ipar? Hilang akal sungguh si Fattah itu. Boleh dipanggil tahap psycho!

"Kau ni terlalu yakin. Ada ke perempuan yang terima kau yang gila dan hilang akal ni?"

"Tak salah kalau kita memaksa. Lama-lama boleh terima. Macam Iyan buat dekat Aareen. Slow-slow tackle Aareen dengan acah-acah suka dan sayang dekat adik kau tau. Rupanya saja nak pergunakan adik kau. Kalau dia boleh buat, kenapa aku tak boleh?" Sinis Fattah memerli Raif. Tujuan berharap Raif makin terbakar dan membenci Haiyan. 

Raif tidak membalas. Sebaliknya dia mula melangkah ke arah pintu sebelah pemandu. Namun dia berhenti. Tidak semena-mena dia terfikir akan sesuatu. Fattah didekati semula. 

"Apa tujuan kau sebenarnya Fattah? Kau aim aku atau Aareen sebenarnya?"

Keninga Fattah terangkat. "Dua-dua."

"Kau hantar seseorang untuk langgar Lisa sebab kau nak dia mati, kan? Kau tak nak dia dengan aku. Tapi bila dia cuma koma dan dah sedar, kau aim pula untuk bunuh aku. Tapi tetap tak menjadi. And now what?"

Bibir Fattah mengherot. "Aku lagi suka kalau Iyan yang mati masa tu."

"Oh. So, betul lah kau yang nak langgar aku hari tu?"

"Ya. Mula-mula memang aku nak langgar kau. Tapi bila aku nampak Iyan dekat sebelah jalan tu, aku ubah fikiran. Tapi... nyawa adik ipar kesayangan kau tu panjang sangat. Dia cepat bertindak. Aku ingatkan dia akan koma macam Lisa. Tapi tak."

Raif simpan senyum. Fattah terlalu berterus terang tanpa lihat kanan dan kiri terlebih dahulu. Mentang-mentang hanya mereka berdua ada dikawasan ini. 

"Kau upah orang?" Masih mahu mengorek rahsia. 

"Kenapa kau nak tahu? Nak buat police report?" Fattah menggelengkan kepala seraya ketawa besar. "Raif. Kau tak akan dapat bukti yang aku buat semua tu. Tak akan."

"Ya. Memang aku tak akan dapat bukti tu tapi... tak salahkan kalau aku jadikan kau suspek?"

Wajah sinis Fattah mula berubah tegang. "Apa maksud kau? Kalau tak ada bukti, nak jadikan suspek pun tak boleh."

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang