CYT 28

6.9K 261 21
                                    

TOPI graduasi yang dipakai diatas kepala dibetulkan dengan rasa penuh gembira. Sekejap saja masa berlalu, hari ini dia telah pun mendapat sijil Ijazahnya. Dengan penuh semangat dia berdiri di luar dewan. Sekeliling dewan dipenuhi dengan calon-calon penerimaan sijil. Tetapi semakin lama senyumannya semakin mengendur. Diperhatikan sekeliling berharap orang yang dinanti memunculkan diri di hari graduasinya.

Aareen mengeluh. Sudah dua minggu dia bergelar isteri kepada Haiyan bermakna dua minggu juga usia perkahwinan mereka. Sepanjang dua minggu itu kerap sekali dia makan hati dengan Haiyan. Sikap Haiyan seakan berubah dan berbeza dengan sebelum mereka mendirikan rumah tangga. Lelaki itu lebih banyak menghabiskan masa di hospital dengan mengatakan banyak kerja yang harus diselesaikan.

Hari ini pula, sudah awal-awal pagi lagi Haiyan memberitahu kepadanya bahawa lelaki itu mungkin tidak dapat hadir ke hari graduasinya disebabkan ramai pesakit yang perlu di handle.

"Reen." Puan Lathifah datang mendekat. Bahu Aareen dipegang.

"Jangan sedih. Abah dengan Umi kan ada." Dia cuba memujuk. Hati tuanya turut berasa sayu melihat wajah Aareen yang suram itu.

Senyuman paling lebar Aareen cuba ukirkan. Siapa saja yang tidak sedih di mana ketika hari bahagianya orang yang paling dia sayang dan cinta tiada disisi.

Tidak lama kemudian, semua calon diminta untuk masuk ke dalam dewan bagi menjalankan hari gradusi dengan lancar. Dengan rasa berdebar dan gemuruh, Aareen mengenggam tangan Encik Azad dan Puan Lathifah sambil melangkah masuk ke dalam dewan.

Biar saja la Haiyan tidak pedulikannya. Yang penting dia masih ada kedua ibu bapa yang tetap menyokongnya dari belakang.

Beberapa jam berlalu, Aareen keluar bersama Encik Azad dan Puan Lathifah dari dewan dengan riak wajah masing-masing yang ceria dan gembira. Perasaan gembira Encik Azad dan Puan Lathifah usah dibilang bagaimana. Sememangnya mereka berdua la manusia yang paling gembira dan bersyukur kerana anak bongsu mereka sudah pun menamatkan pengajian diperingkat Ijazah dengan jayanya.

Aareen memeluk tubuh Puan Lathifah erat. Air mata kegembiraan mengali dipipi. Tanpa doa dan restu dari seorang ibu seperti Uminya, tak mungkin dia dapat tamatkan belajarnya sehingga peringkat ini.

"Terima kasih Umi sebab selalu sokong dan doakan Reen sehingga berjaya Reen dapat segulung Ijazah." Ucapnya dengan rasa syukur tidak terhingga.

Belakang Aareen digosok dan ditepuk-tepuk perlahan oleh Puan Lathifah. Dia juga turut berasa terharu dan sebak.

"Jangan cakap macam tu, nak. Memang tugas Umi untuk doakan kejayaan anak-anak Umi di dunia dan akhirat. Umi senang tengok Sara dah berjaya dapat Ijazah." Kepala Aareen dicium kasih.

Encik Azad yang melihat tersenyum lebar. Untung saja Raif tidak ada disini, jika tidak tentu anak lelaki itu turut gembira berada di sini. Disebabkan tugas sebagai seorang juruterbang memaksa Raif untuk tidak turut serta ke majlis graduasi Aareen.

"Peluk Umi saja ke? Abah tak nak peluk?" Usiknya. Bukan cemburu tetapi saja ingin mengusik.

Puan Lathifah dilepaskan Aareen dan dia berpusing menghadap Encik Azad. Terus tubuh lelaki yang menjadi tempat pertama dihatinya itu didakaop erat.

"Terima kasih juga kepada Abah sebab sanggup tanggung pengajian Reen sampai Reen berjaya. Pengorbanan Abah tak akan Reen lupa. Reen sayang Abah." Pipi tua itu dikucup kejap.

Pelukan anak bongsunya itu dibalas erat.

"Sama-sama kasih, anak Abah."

"Abang, saya rasa dahaga la. Jom pergi beli air dekat gerai sana." Kata Puan Lathifah tiba-tiba.

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Where stories live. Discover now