CYT 45

8.5K 293 77
                                    

SEBELUM bangkit dari kerusi, sempat Aareen mengeluh perlahan. Sudah sebulan berlalu selepas kejadian di mana dia ternampak Haiyan berjalan bersama dengan seorang perempuan di supermarket. Namun perkara itu tidak pernah luput dari ingatannya. Malah semakin bermain-main difikiran. Dia juga tidak pernah menanyakan perihal itu kepada Haiyan. Bila terasa ingin bertanya, laju saja dia cuba untuk berfikir positif. 

Tidak tahu kenapa hatinya begitu terusik dengan kemesraan suaminya bersama perempuan itu. Walaupun puas dia cuba untuk berfikir baik tetap saja dapat dia rasakan sesuatu. Dia juga perempuan yang tahu dan faham tentang pandangan seorang perempuan terhadap seorang lelaki. Pandangan perempuan itu jelas bukan menunjukkan mereka berdua bukan sekadar rakan sekerja. 

Kepala diurut perlahan. Sakit kepalanya datang lagi. Sudalah sejak beberapa hari ini alahan dia juga datang menyerang semula. Setiap pagi sebelum berangkat ke sekolah, tentu saja dia akan muntah-muntah. Mengambil beberapa minit juga untuk pulih sebelum bangkit ke sekolah. Sekarang, dia sering datang sekolah dengan lambat sekali. 

Hubungan dia bersama Haiyan?

Masih seperti hubungan suami isteri yang lain. Dia tetap melayani Haiyan seperti biasa. Cuba untuk mesra. Bergelak ketawa bersama biarpun hatinya sakit kerana Haiyan tidak bercerita pun ke mana lelaki itu pergi ketika dia ternampak Haiyan bersama seorang perempuan. Biasanya pasti Haiyan tidak lepas menceritakan sesuatu kepadanya. 

Mahu merajuk?

Tentu sekali. Malah hatinya juga sudah lama merajuk dengan lelaki itu. Tetapi dia tahu dan sedar bahawa Haiyan juga sudah malas mahu memujuknya. Rajuk hatinya cuba dipujuk sendiri walaupun perit. 

Semakin hari dia dapat rasa hubungan dia bersama Haiyan seakan hambar. Sejak kebelakangan ini juga, lelaki itu kerap pulang lewat dari hospital dan tidak seperti kebiasaannya. 

"Ah! Malas nak fikir." Keluh dia kuat. Untung di dalam bilik guru sekarang ini hanya ada dia sahaja memandangkan semua sudah pulang. Dia seorang saja masih disini. Malas rasanya mahu pulang ke rumah. 

Perut yang mula membukit sedikit itu disentuh. 

"Sekarang ni Ibu nak fikir pasal awak je." Jika Haiyan sudah tidak mahu mempedulikan dia, biarkan saja. Dia masih ada satu nyawa yang bersama dengannya. 

Langkah diatur turun ke bawah setelah selesai menyusun buku. 

"Aareen." Langkah Aareen terhenti dari melangkah ke kawasan letak kereta. Dia menoleh. Wajah terus berubah ketika ini. Terkaku dan tergamam kerana Fattah yang menyeru namanya. 

Fattah tersenyum lalu menghampiri wanita itu. Sudah lama dia tidak bertemu dengan Aareen memandangkan sebulan dia terpaksa terbang ke Taiwan. Sekarang dia juga cuti sebulan. Ianya disebabkan dia sudah lama bekerja. 

Aareen senyum kurang selesa. Bukan apa. Bila teringat semula kata-kata Alisya, dia jadi tidak selesa dengan kehadiran Fattah. Rasa seperti lelaki itu ada muslihat tersendiri. Dan seingat dia juga, Alisya tidak datang ke sekolah disebabkan demam. 

"Ab-Abang Fattah buat apa dekat sekolah ni? Lisya tak datang hari ni, kan?"

"Ya. Tapi abang datang sebab nak jumpa dengan Aareen."

Kerongkong terasa kering. Aareen perasan cara renungan dan pandangan Fattah kepadanya berbeza dari sebelum ini. Bukan pandangan dari seorang abang kepada adik. Tetapi sebaliknya!

"Nak jumpa Aareen?" Dia tertawa hambar. "Tapi Aareen dah nak balik ni. Dah lewat. Nanti Iyan tunggu." Sengaja nama suaminya digunakan. Mungkin Fattah akan beredar selepas ini. 

Sebaik saja nama Haiyan menyapa pendengaran, Fattah senyum senget dan sinis sekali. Tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar dan dia tertawa kecil seraya menunduk seketika. Aareen dipandang. 

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Where stories live. Discover now