CYT 39

7.3K 260 43
                                    

IPHONE tidak lepas dari tangan sejak dia sampai di Johor Bharu. Menanti panggilan dan juga pesanan dari Aareen. Namun hampa bila satu pesanan pun tidak muncul dan jauh sekali panggilan dari wanita itu. Haiyan melepaskan helaan nafas berat. Hatinya meronta-ronta tidak mahu meninggalkan Aareen dalam keadaan hubungan mereka yang masih lagi keruh.

"Apa salah aku ni sampai dia jadi macam ni?" Dahinya yang berkerut diketuk perlahan berkali-kali. Mata juga terpejam.

Iphone dibuka dan laju dia menghubungi wanita itu. Harap Aareen jawab dan dapat dia berbual dengan isterinya. Ingin mendengar suara itu setelah seharian berjauhan.

Kini, tiada apa lagi yang dia mahu nafikan tentang hati dan perasaan dia pada Aareen. Dia sayangkan wanita itu. Mungkin juga cinta. Melihat perubahan Aareen membuat dia takut kehilangan wanita itu. Kerana itu sehabis mungkin dia cuba memujuk. Tetapi satu pun tidak jalan.

"Hello."

Mendengar suara halus itu dari corong telefon secara sontak mata Haiyan terpejam seketika. Lega bila panggilannya berjawab. Berdebar-debar jantungnya ketika menanti Aareen menjawab panggilan.

"Sayang. Kenapa lambat jawab call?" Haiyan tersenyum sendiri. Suka memanggil Aareen begitu. Sayang.

Aareen senyap dihujung talian. Terkejut dengan panggilan lelaki itu buatnya. Biasanya Haiyan akan guna panggilan itu dihujung ayat.

Skrin iPhone dipandang. Panggilan masih dalam talian.

"Liya?"

"Ya?"

Sekali lagi Haiyan menghela nafas lega. Entahlah, dia seakan takut bila memikirkan sikap Aareen.

"Buat apa tu?" Cuba memulakan bicara walaupun dia rasa panggilan kali ini agak hambar.

"Tunggu awak balik." Senada Aareen membalas. Ambil hati lelaki itu biarpun dia bersyukur ketika ini Haiyan tiada disisi walaupun sehari.

Ketawa Haiyan kedengaran. "Baru sehari, dah rindu? Lagi enam hari kena tunggu saya." Senyuman makin melebar.

"I miss you." Ucapnya perlahan. Rasanya dia yang tidak tahan merindui wanita itu. Sudahlah keadaan mereka tidak begitu baik sebelum dia datang ke sini. Ini pula kena berpisah seminggu.

Tawa Aareen menyapa pendengaran Haiyan. Tapi Haiyan tahu ketawa itu dibuat-buat kerana kedengaran lirih.

"Ikhlas ke rindu saya? Entah-entah tipu je."

Tersentak. Sejak bila Aareen akan bercakap dengan dia menggunakan nada mendatar begitu? Seakan memerli.

"Liya. Saya tak tahu apa salah saya pada awak. Awak tak pernah nak berterus terang dengan saya. Apa yang saya tahu sekarang, nanti balik saya nak kita selesaikan cepat-cepat. And why you asked me like that? I really miss you."

"Hati orang kita tak tahu."

Dahi Haiyan yang tegang kembali berkerut. Kata-kata Aareen ada maksud tersirat yang tersembunyi. Sesaat, dia menangkap sesuatu. Jantungnya berdegup kencang dengan hebat sekali. Hanya satu dia terlintas.

Aareen tahu tentang perkara sebenar ke? Bicara wanita itu benar-benar dia tersentap. Hendak bertanya Faiz, sepupunya itu tidak turut serta kerana ibu saudaranya yang tidak sihat. Kursus kali ini hanya ada dia, Farah dan juga beberapa orang doktor yang lain.

"Ya, betul. Tapi hati saya, saya tahu. Hati saya cakap saya rindukan awak." Cuba ditepis segala keburukan yang dia fikirkan. Harap semua itu andaian dia saja.

"Nanti jangan lupa pergi rumah Mama. Jangan duduk rumah seorang diri." Sambung dia setelah tiada balasan dari orang disana.

"Abang Raif cuti tiga hari. Saya ingat nak tinggal dengan dia sebelum pergi rumah Mama. Boleh kan?" Pinta Aareen. Jika diikutkan, malas mahu bermalam dimana-mana dan hanya mahu berada di rumah. Tetapi Haiyan tidak sudah-sudah membebel-bebel dia bercadang begitu. Lagipula, jauh dia mahu ulang alik dari rumah mentuanya ke sekolah.

🌷𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑🌷Where stories live. Discover now