bab 17

3.4K 217 8
                                    

   Alex hanya melihat sahaja tingkah laku Laila dari dalam rumahnya. Kelihatan Laila sedang bersiar-siar di halaman rumah agam miliknya dengan memerhati beberapa kuntum bunga sambil itu terukir juga senyuman di wajahnya. Itu pun baru pertama kali Alex membenarkan Laila keluar mengambil angin kerana sebentar nanti dia mungkin takkan dapat tersenyum lagi apabila mendengar perkara yang akan disampaikan oleh Alex nanti.

  Alex pula tekun menyiapkan beberapa kerjanya yang tertangguh akibat merenung gadisnya yang sedang berada diluar itu. Tiba-tiba bunyi mesej terdengar di tabletnya yang menandakan ada satu maklumat baru. Lantas itu dia membuka tabletnya untuk melihat maklumat yang baru masuk itu.

  'Lebih baik kau cepat,banyak polis yang diupah untuk mencari kehilangan Laila'

  Selepas membaca mesej yang dihantar oleh salah seorang anak buahnya itu dia hanyalah memberi satu senyuman sinis sahaja. Lantas itu dia mengalihkan tumpuannya menghadap ke arah gadis yang sedang berada di halaman rumahnya dengan satu senyuman sinis.

_______________________________

   "What are you talking about?" Marah Laila pada Alex sambil memandang ke arah lelaki tersebut dengan pandangan yang tidak percaya.

  "I give you twice. First marry me second fake death"  kata Alex dengan riak wajah yang selamba. Laila memandang Alex dengan pandangan yang penuh tanda tanya?

  Tak sangka lelaki dihadapannya sanggup buat perkara yang sebegitu. Kahwin dengan dia? Dia lagi sanggup kahwin dengan Joker berbanding dengan lelaki tu. At least Joker tu ada sikit sifat kasih sayang. Lepastu palsukan kematian? Ini memang betul-betul gila. Lamunan Laila terhenti apabila Alex menghentak meja di hadapannya dengan kuat.

  "It's okay I give you a week to think about it" kata Alex lalu berlalu pergi meninggalkan Laila keseorangan. Laila yang tidak berpuas hati itu bangun lalu mengejar langkah Alex.

  "Saya tak nak kahwin dengan awak!" Kata Laila pada Alex sambil berdiri beberapa langkah jauh dari Alex. Alex yang mendengar pernyataan Laila itu hanya ketawa sinis sahaja.

  "So, kau nak palsukan kematian kau?Apa agaknya perasaan mak kau nanti?" Kata Alex dengan sinis. Dia tahu pasti gadis dihadapannya akan memilih untuk menjadi isteri dia memandangkan dia adalah anak tunggal kesayangan ibunya.

"Saya tak nak kahwin dengan awak dan saya tak nak palsukan kematian saya!" Kata Laila lagi dengan nada yang tegas sambil memandang tajam ke arah Alex tanda protes.

  Alex melangkah beberapa tapak ke hadapan menghampiri Laila lalu menolak gadis tersebut ke dinding dengan kasar.
"That's why I give you a week to think about it!" Kata Alex lalu memaparkan senyuman sinisnya

  "Kalau kau tak nak pilih salah satu mungkin aku perlu buat cara aku sendiri, kau fikir sendirilah apa?" Kata Alex lagi lalu merapatkan wajahnya ke muka Laila. Matanya pula tepat memandang ke arah bibir seksi Laila bersertakan satu senyuman sinis. Lantas itu dia menjauhkan dirinya dari Laila dan berlalu pergi meninggalkan Laila keseorangan.

  Laila yang terkejut dengan tindakan drastik Alex itu tadi terus menarik nafas panjang ingin menghilangkan debaran di dadanya. Walaupun Alex telah berlalu pergi tapi padanya kata-kata Alex itu amat menakutkannya.

 
..................................................................

  Puan Humairah yang berada di dapur sedang menyiapkan beberapa makanan untuk tetamunya yang telah menunggu di ruang tamu rumahnya. Aina yang baru sahaja masuk ke dalam dapur tersebut terkejut apabila terlihat banyak makanan yang terhidang. Dia fikirkan Puan Humairah hanya sediakan biskut dan air rupanya Puan Humairah sempat menggoreng pisang bersertakan air teh O panas.

  "Banyaknya aunty buat, yang datang cuma dua orang je" kata Aina sambil meneliti pisang goreng yang digoreng oleh Puan Humairah tadi. Puan Humairah pula hanya memaparkan senyuman manis sahaja pada Aina.

  "Ye lah diaorang kan berjasa dengan kita, nak carikan Laila kita balik" kata Puan Humairah sambil tangannya ligat mengangkat beberapa biji pisang yang telah siap digoreng itu.

  "Kalau macam tu Aina bawak pisang ni pergi depan dululah" kata Aina sambil membawa pisang goreng tersebut ke ruang tamu. Manakala Puan Humairah pula mengangkat air yang siap dibancuh itu.

************************************
  Puan Humairah dan Aina memandang sesama sendiri dengan wajah kegembiraan. Tak sangka anaknya akan kembali semula padanya. Dia berharap agar Laila kembali dengan selamat tanpa ada sedikit pun cacat cela.

  "Pihak kami telah pun menemui beberapa bukti kehilangan cik Laila,mungkin lagi beberapa hari kami akan bawa dia kembali pada puan" kata salah seorang polis tersebut sambil memandang ke arah dua orang wanita di hadapannya silih berganti.

  "Maksudnya saya akan jumpa balik kawan sayalah?" Tanya Aina dengan riak wajah yang teruja. Sudah beberapa bulan Laila menghilang. Kini khabar tentang kehilangan Laila akan terbongkar apabila pihak polis menjumpai rakannya itu. Dia bersyukur ke hadrat Illahi kerana memberi peluang kepada mereka untuk berjumpa semula. Tidak lupa juga dia untuk berterima kasih kepada pihak yang banyak berjasa tentang kes tersebut.

  "Terima kasih tuan atas jasa tuan semua, terima kasih" kata Puan Humairah sambil tersenyum gembira pada pegawai yang berada di hadapannya itu.

  "Kalau tak ada apa-apa lagi saya beredar dulu ya, terima kasih untuk makanan ni juga" kata salah seorang pegawai tersebut sempat juga dia berseloroh untuk menghilangkan rasa sedih wanita di hadapannya itu.

  Tiba-tiba telefon seorang pegawai tersebut berbunyi menandakan ada satu panggilan masuk. Lantas itu dia meminta diri untuk beredar dari situ.

..................................................................

    "Kau dah buat ke belum apa yang aku suruh?" Kata si pemanggil dengan nada yang serius.

  "Dah tuan, semua yang tuan suruh saya dah lakukan" kata seorang lelaki pada ketuanya iaitu tak lain tak bukan ialah Alex.

  "Tunggu aku bagi arahan baru bertindak faham" kata Alex lagi lalu terus mematikan panggilannya. Manakala belum sempat anak buahnya ingin menjawab panggilan telah pun dimatikan.

  "Siapa telefon tu inspektor Kamal ke?" Kata rakannya yang berada di sebelahnya itu. Dari tadi dia melihat rakannya itu seperti serius menjawab panggilan mungkin ketua mereka agaknya.

  "Ha.. tak delah abang aku call,dia mintak duit" kata rakannya sambil tersenyum lalu mereka pun beredar dari tempat tersebut.

 
 

  
 

 
  

  

DONE!!!
NANTI AUTHOR UPDATE LAGI FOR NEXT CHAP OKAY.
BYE( ˘ ³˘)♥

mafia psychoDonde viven las historias. Descúbrelo ahora