bab 20

3.7K 248 12
                                    

  Semenjak Laila dijumpai oleh beberapa orang anggota polis beberapa minggu yang lalu, Puan Humairah sering kali menyuruh Laila untuk sentiasa berada di rumah jika dia mahu keluar dia perlu mengajak rakannya atau pun ibunya bersama.

   "Laila mama nak keluar tau, nanti masa mama tak ada Aina yang jaga kamu"  kata Puan Humairah pada anak tunggalnya itu.

   "Mama! Laila bukannya kecik lagi pun, tak payahlah nak suruh dia jaga Laila, mama ni pun"   kata Laila pada ibunya sambil matanya itu memandang ke arah rakannya yang sedang mentertawakan dirinya itu.

   "Memang kamu kecik lagi pun, selagi kamu tak kahwin selagi itulah mama akan rasa yang kamu ni masih kecik!"  Kata Puan Humairah lagi sambil pergi ke arah anaknya lalu dahi anaknya itu dicium. Lantas itu dia berlalu pergi meninggalkan anaknya dan juga Aina. 

  "Meh sini meh baby nak makan ke tak?" Kata Aina pada rakannya itu. Bibirnya itu dari tadi tersenyum sahaja. Tangannya yang memegang sudi itu seperti ingin menyuapkan makanan kepada rakannya itu.

  Laila yang sedari tadi memerhatikan pemergian ibunya itu lantas beralih arah ke arah rakannya pula. Kotak tisu yang berada di sebelahnya itu diambil lalu dibaling ke arah kawannya itu.

   "Ha... Kan dah kena, seronok eh ketawakan orang!" Kata Laila yang sedang memandang ke arah kawannya itu. Geram pulak tengok perempuan ni asyik ketawakan diri dia je!

   "Okok kawanku Laila janganlah marah-marah,  kau nak tengok movie dengan aku tak?" Tanya Aina pada Laila. Laila hanya mengangguk sahaja tanda mengiyakan. Lalu mereka pun bergegas ke arah bilik mereka. Untuk pengetahuan semua, Laila dan juga Aina satu bilik.

 

...........................................

  "Aina!!!" Jerit Laila pada rakannya itu.Aina hanya memandang sahaja Laila dengan muka yang tidak bersalah.

   "Apa?" Tanya Aina pula pada rakannya itu. Laila hanya memandang Aina dengan penuh kesabaran sahaja.

  "Aina, sekarang ni kita tengok movie dekat bilik aku tau, bukannya panggung wayang okey?" Kata Laila dengan suaranya yang bergetar-getar menahan marah.

  "Ya aku taulah, nanti aku kemas balik aku janji!" Kata Aina pula sambil membuat Pinky promise.

  "Janji? Haritu kau cakap dengan aku yang kau nak kemas bilik aku and at the end aku pulak yang kena kemas bilik aku sendiri, kau memang nak kena dengan akulah Aina!"  Jerit Laila lalu berlari mengejar rakannya itu. Aina yang sedang berlari itu tiba-tiba berhenti apabila telefonnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Laila yang ingin memukul rakannya itu pun terhenti apabila Aina menyuruhnya diam dengan menunjukkan jari telunjuknya.

   "Hello Aina di panggilan"  jawab Aina dengan suara lembutnya. Laila yang mendengar terasa ingin meluat sahaja.

  "Baiklah Aina akan sampaikan mesej ni pada baby Laila"  kata Aina lagi lalu mematikan panggilan. Sempat lagi dia mengerling ke arah rakannya itu lalu tersenyum seperti perempuan melayu terakhir.

   "Laila ibumu menyuruh kamu untuk membersihkan rumah tapi malangnya dia tak menyuruh aku untuk tolong kau hahahaha"  kata Aina lalu berlalu keluar dari bilik mereka. Belum sempat dia ingin keluar, dia teringatkan kata-kata Puan Humairah itu.

  "Oh ya, lagi satu ibumu berpesan ada tetamu yang akan singgah kerumah kita nanti and dia kata lagi tetamu special" kata Aina pada Laila lalu berlalu keluar dengan ketawa mengejek. Laila hanya mampu menahan sabar sahaja.

   "Okey okey, nanti kau Aina, siap kau nanti aku kerjakan"  kata Laila sambil memandang pemergian rakannya itu.

 

...........................................

   Selesai sahaja Laila dan Aina mengemas rumah, mereka pun baring kepenatan di atas sofa. Tiba-tiba sahaja mereka terdengar bunyi dua buah kereta yang berhenti di depan rumah mereka. Laila dan Aina saling berpandangan antara satu sama lain.

  "Kau pergi bukak pintu" kata Laila pada rakannya itu.

  "Kaulah pergi bukak pintu, aku dah penat dah kemas"  kata Aina pula yang seperti ingin melelapkan mata itu. Lantas itu Laila memukul bahu Aina kuat. Dia hanya mampu menahan kesakitan sahaja.

  Lantas itu Laila pun mengalah, dia terus pergi ke arah pintu lalu membukanya. Kelihatan ibunya yang sedang tersenyum kepadanya dengan seorang lelaki yang baru sahaja keluar dari sebuah kereta sportnya. Laila hanya membiarkan sahaja yang penting dia dah pun membuka pintu jadi orang tersebut boleh masuk atau keluar sesuka hati.

   "Banyaknya barang mama beli" kata Laila pada ibunya lalu menolong mengambil plastik-plastik yang berada pada tangan mamanya itu untuk dibawa ke dapur.

   "Dah besar dah anak mama ni kan" kata Puan Humairah secara tiba-tiba. Laila yang kembali ke ruang tamu itu membawa satu jug air dan juga beberapa cawan. Memandangkan ibunya memberitahu ada tetamu yang ingin datang.

   "Kenapa mama cakap macam tu?" Tanya Laila pelik pada ibunya. Rakannya pun turut memandang ke arah Puan Humairah inginkan jawapan.

    "Pura-pura tak tahu pulak Laila ni!"  Kata Puan Humairah sambil ketawa. Lantas itu beberapa orang lelaki pun masuk ke dalam rumah mereka sambil memberi salam hormat. Puan Humairah hanya tersenyum sahaja manakala Laila pula terkejut dengan lelaki yang baru sahaja memunculkan dirinya itu di dalam rumah mereka.

   "Ma...ma siapa ni, kenapa dia datang rumah kita?"  Tanya Laila pada ibunya. Ibunya pula menyuruh 'tetamu' mereka itu duduk.

   "Inikan boyfriend kamu, dia kata dialah yang tolong polis carikan kamu masa kamu hilang dulu tu"  kata Puan Humairah sambil tersenyum pada lelaki-lelaki tersebut. Mereka membalas senyuman wanita tua itu juga.

   Laila kemudian memandang ke arah lelaki yang tak ingin dijumpainya itu. Ya, lelaki tersebut ialah Alex. Tak sangka macam ni sekali lelaki tersebut memanipulasi ibunya sehingga ibunya percaya kata-kata lelaki tersebut. Kalaulah Puan Humairah tahu bahawa 'tetamu' mereka sekarang nilah yang menculik dirinya suatu ketika dahulu. Pasti ibunya terkejut.

   "Dia bagitau mama yang kamu berdua ni dah rancang dah nak kahwin, betul ke? Kenapa tak bagitau mama?" Kata Puan Humairah gembira. Laila yang mendengar ayat yang keluar dari mulut ibunya terkejut. Dia tak pernah pun merancang untuk berkahwin dengan lelaki yang berada dihadapannya itu sekarang.

   "Maybe she wants to make a surprise for you" kata Alex pada Puan Humairah sambil tersenyum memandang Laila. Laila terus melarikan pandangannya dari bertentangan mata dengan lelaki tersebut.

   "Kalau macam tu mama setujulah, Aina pun setuju jugak kan? Benda yang baik tak payahlah nak tunggu lama-lama, elok kalau kita percepatkan" kata Puan Humairah lagi. Aina pula tersenyum sahaja sambil menganggukkan kepalanya tanda setuju.

     Lantas itu Aina merapatkan kepalanya ke arah Laila sambil membisikkan sesuatu "untung kau kan dapat lelaki hensem!" Kata Aina sambil ketawa. Laila pula sedari tadi hanya diam sahaja.

   Adakah begini jalan hidupnya. Boleh ke dia bahagia bersama lelaki tersebut. Soalan tersebut kerap kali bermain di mindanya. Dia dapat melihat semua orang yang berada di ruang tamu itu sungguh gembira. Dia seorang sahaja yang tidak gembira dengan perkhabaran itu.

    Apalah yang agaknya akan berlaku nanti???

 

  
  

  

  

  





DONE!!!
I WILL CONTINUE TO THE NEXT CHAP
SORRY LAMBAT UPDATE.
HOPE YOU GUYS HAVE A NICE DAY
BYE ( ˘ ³˘)♥

mafia psychoWhere stories live. Discover now