bab 22

3.7K 241 19
                                    

"Aku terima nikahnya Nurul Laila binti Safwan dengan mas kahwin sebanyak satu ribu ringgit tunai"

"Sah!"

"Sah!"

     Semua orang yang berada di masjid itu bergembira apabila majlis perkahwinan Laila dan juga Alex berjalan dengan lancar. Yang paling gembira sekali ialah Puan Humairah. Daripada tadi dia tidak henti-henti tersenyum melihat anaknya dan juga menantunya.

    "Laila senyumlah sikit dekat suami kamu tu, tak nampak ke dia dari tadi pandang je kamu" kata Puan Humairah pada anaknya. Laila yang mendengar kata-kata ibunya terus memandang ke arah Alex, Oops bukan Alex tetapi suaminya yang sah. Dapat dilihat yang suaminya memandang sahaja ke arahnya sambil memberikan senyuman manis padanya. Laila cepat-cepat mengalihkan pandangannya dari bertentangan dengan suaminya itu.

    "Malu pulak dia ni, mama tau macam mana perasaannya" kata Puan Humairah dengan nada yang gembira. Sejujurnya dia bukanlah malu tetapi dia terkejut apabila melihat Alex memberikannya senyuman manis. Selama dia hidup dia tidak pernah melihat senyuman manis Alex dia hanyalah dapat disajikan dengan senyuman sinisnya sahaja.

    "Tu suami kamu tu datang" kata Puan Humairah lagi. Laila hanya memerhatikan sahaja  langkah Alex yang mendekati dirinya. Orang ramai juga turut memandang ke arah mereka memandangkan mereka ingin melakukan upacara membatalkan air sembahyang iaitu bersalaman.

    Alex menghulurkan tangannya pada Laila lantas itu Laila mencapai tangannya lalu diletakkan di bibirnya. Baru sahaja dia ingin mengangkat kepalanya Alex telah memegang kepalanya menyebabkan Laila mencium tangan Alex lama. Selepas Alex mengangkat tangannya dia terus mencium dahi Laila lama menyebabkan Laila merasakan pipinya hangat. Kemudian dia beralih pula pada dua belah pipi Laila. Orang ramai hanya mampu tersenyum gembira sahaja melihat dua mempelai tersebut.

    Selepas kesemua sekali selesai, mata mereka berdua bertentangan dengan jangka masa yang lama. Laila cuba untuk mengalihkan pandangannya tetapi dihalang oleh Puan Humairah. Nampaknya Puan Humairah lebih gembira berbanding pengantin.

     "Now you are mine princess" kata Alex pada Laila. Laila hanya diam sahaja tiada niat untuk membalas kata-kata lelaki tersebut.

    "Boleh tak kalau pengantin dan juga keluarga pengantin berbaris sama kita nak ambik gambar" kata cameraman yang ditugaskan oleh mereka semua. Lantas itu mereka pun berbaris mengikut arahan cameraman tersebut.

    Disebabkan ketinggian Alex yang bukannya jenis ketinggian Asia maka mereka hanya boleh membuat satu baris sahaja. Jadi mereka harus merakam gambar secara bergilir-gilir. Laila yang berdiri di sebelah Alex itu kelihatan seperti adik dan abang memandangkan ketinggiannya hanyalah paras dada Alex sahaja. Alex yang berdiri di sebelah Laila itu terus memeluk pinggang Laila erat. Tindakan drastiknya itu menyebabkan Laila menjerit terkejut. Nasib baiklah jeritannya tidak sekuat mana. Laila hanya memberi Alex jelingan geramnya sahaja atas perbuatan lelaki itu tadi.

    "Three... Two... One ... Smile!" Kata Cameraman itu sambil menunjuk jari peace. Mereka semua pun tersenyum dengan gembira.

__________________________

    Tamat sahaja majlis perkahwinannya itu tadi, Laila terus membaringkan badannya di atas katil. Sememangnya hari ini sungguh lah memenatkan buatnya, nak kena berpura-pura tersenyum seperti pasangan yang sudah lama bercinta. Baru sahaja dia ingin melelapkan matanya tiba-tiba dia terdengar bunyi pintu biliknya dibuka. Disebabkan kepenatan yang amat sangat dia tidak rasa seperti ingin membuka mata.

    Alex yang baru sahaja masuk ke dalam bilik tidur pengantin itu terlihat Laila yang sedang membaringkan badannya di atas katil. Baru sahaja dia ingin duduk di atas katil tersebut, dia terdengar dengkuran halus Laila. Baru je dia nak bergurau dengan isterinya tetapi memandangkan dia dah pun tidur tak jadilah.

    Alex hanya memerhatikan sahaja wajah Laila yang lena diulit mimpi itu. Dapat dilihat dari wajahnya yang sedang kepenatan itu. Alex yang tadinya ingin membaringkan dirinya di sebelah Laila terbantut apabila dia melihat Laila yang makin lena itu. Dia terus bangun dari duduknya lantas itu menuju ke arah bilik air untuk membersihkan badannya yang kotor itu.

..........................................

    Laila yang tadinya diulit mimpi tiba-tiba terjaga apabila dia terdengar bunyi suara yang sedang berbual-bual. Dia terus mencari punca keberadaan suara tersebut. Matanya tertancap pada susuk tubuh seseorang yang sedang berbual-bual di dalam panggilan di tingkap biliknya. Dia hanya memerhatikan sahaja sehinggalah dia tersedar yang lelaki tersebut perasan akan pandangannya pada lelaki tersebut. Ya, itu ialah Alex yang sedang berbual-bual di dalam telefon itu.

    "Oh you wake up" kata Alex pada Laila sambil berjalan menghampiri gadis tersebut. Laila hanya membatukan dirinya sahaja tiada niat ingin menjawab pertanyaan lelaki tersebut.

    "When I came in, I saw you were asleep so I didn't want to disturb your sleep so I just let you  be wrapped up in dreams" kata Alex pada Laila sambil duduk di sisi Laila. Laila hanya mengangguk sahaja.

     Laila yang baru sahaja ingin turun dari katil tersebut dihalang oleh Alex. Laila memandang tingkah laku Alex itu dengan pandangannya yang pelik.

    "Where are you going?"  Tanya Alex pada Laila.

     "I'm hungry, Why?" Kata Laila dengan senada. Lantas itu Alex turut bangun bersama Laila. Mereka berdua bersama-sama menuju ke tangga untuk turun ke tingkat bawah.

    Apabila mereka tiba sahaja di tingkat bawah, mereka melihat Puan Humairah sedang berbual-bual dengan rakan-rakannya. Puan Humairah yang perasan akan kehadiran anak dan juga menantunya terus tersenyum memandang mereka.

    "Dah turun dah anak mama ni kan, Mikhael bagi tahu mama kamu tidur tadi mesti kamu penat kan?" Kata Puan Humairah sambil tersenyum manis pada anak dan juga menantunya itu.

    "Mesti kamu laparkan, jom makan mama dah tinggalkan dah makanan kegemaran kamu ni" kata Puan Humairah lagi sambil menghidangkan laksa Penang di hadapan Laila.

    "Mikhail ni makanan kegemaran Laila, masa kecik dulu kalau mama masak Mi laksa ni mesti Laila ni makan tambah" kata Puan Humairah sambil ketawa mengingatkan zaman anaknya masih kecil dulu. Alex hanya tersenyum sahaja.

    "Mama... Janganlah!" Kata Laila pada ibunya itu.

    "Apalah kamu ni, takkanlah dengan suami kamu tu pun nak berahsia, mana tau si Mikhail tu pandai masak laksa, nanti dia masakkan untuk kamu hari-hari!" Kata Puan Humairah pada anaknya itu. Semua yang berada di situ hanya ketawa sahaja tidak terkecuali Alex.

    Laila hanya diam sahaja, malu.



   

SORRY GUYS DAH LAMA AUTHOR X UPDATE
AUTHOR BUSY KEBELAKANGAN NI SO BARULAH
HARINI AUTHOR DPT UPDATE, SORRY GUYS.
BTW ENJOY!!!
BYE( ˘ ³˘)♥

mafia psychoDonde viven las historias. Descúbrelo ahora