bab 27

3.8K 196 24
                                    

   Percutian mereka berdua ditemani oleh beberapa orang bodyguard Alex dan juga rakan-rakan Alex. Ya, Michael dan juga Christ turut mengikuti percutian mereka. Itu semua atas alasan keselamatan. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.

  Alex yang berada disebelahnya itu dipandang sekilas. Sekarang mereka sedang berada di dalam pesawat peribadi milik Alex. Wajah Alex yang sedang diulit mimpi itu dipandang lama. Wajahnya kelihatan tenang. Senyuman secara tiba-tiba terhias di wajah Laila.

  Rambut yang menutupi sebelah mata Alex itu dialihkan dengan penuh berhati-hati. Dia tak ingin terkantoi dengan perbuatannya itu. Baru sahaja Laila menyentuh rambut Alex, mata Alex terbuka dengan perlahan. Laila seperti patung, dia hanya terkaku sahaja di tempatnya itu. Alex pula hanya tersenyum sahaja memandang tindakan isterinya itu.

  "What are you doing princess?" Kata Alex sambil memandang Laila. Laila terus kembali duduk di tempatnya. Tindakan Laila tersebut mendatangkan kemarahan di hati Alex. Lantas itu idea jahat muncul di kepala Alex. Laila yang berada disebelahnya itu dipandang sekilas dengan senyuman sinis menghiasi bibirnya.

   Laila hanya memandang di luar tingkap sahaja. Macam mana Alex boleh bangun. Wajahnya tika ini seperti tomato. Malu yang amat. Pinggangnya terasa dirangkul oleh tangan sasa Alex. Laila hanya membiarkan sahaja. Tiba-tiba badannya diangkat oleh Alex untuk duduk di atas riba Alex. Wajahnya terkejut dengan tindakan spontan Alex itu.

    Alex hanya tersenyum sahaja melihat wajah Laila yang terkejut itu. Lantas itu, rambutnya yang rapi itu sengaja dikusutkan. Wajah Laila dipandang dengan senyuman menggoda. "Rambut aku kusut, boleh tak kau betulkan?" Kata Alex dengan kening yang sengaja diangkat.

   Laila seperti dipukau, dia hanya mengikuti arahan Alex. Rambut Alex yang kusut itu dibetulkan dengan penuh berhati-hati. Alex cuba untuk menahan senyumannya, wajah Laila yang rapat dengan wajahnya itu menambahkan lagi kegembiraannya tika ini. Tangannya pula masih lagi merangkul pinggang isterinya itu. Dengan idea jahat yang masih tersisa di fikirannya itu, dia mengeratkan lagi pelukan di pinggang isterinya. Wajah Laila menggambarkan yang dirinya terkejut bersertakan gugup.

   Deheman kuat dari manusia belakang mematikan kemesraan mereka berdua. Alex dan Laila terus mengalihkan pandangan mereka ke arah belakang. Wajah Christ dan juga Michael dipandang dengan api kemarahan.

   "Why you didn't say you love me? Is it hard to say that eight later?" Tanya Michael pada Christ yang berpura-pura merajuk itu. Alex hanya memerhatikan sahaja drama di tempat duduk belakang itu dengan muka yang menahan sabar. Dia tahu dua ekor makhluk tu sedang membahan siapa.

   "Don't talk to me!" Kata Christ pula yang seperti mengajuk cara percakapan seorang perempuan.

   Lantas itu Mikhail terus mengusutkan rambutnya. "Do it what you want, I know you want to touch my hair and my body!" Kata Mikhail dengan gaya seorang lelaki yang gagah.

   Laila yang berada di atas peha Alex itu hanya menonton dengan wajah yang terkejut. Matanya dibuntangkan. Dia baru sahaja diperli oleh mereka berdua. Kisah cinta mereka berdua memang high level.

   Christ yang melihat kegagahan 'pasangannya' itu terus merangkul tengkuk Mikhael. Lantas itu dia berura-ura ingin melabuhkan ciuman di bibir Mikhael.

   Alex terus menutup mata Laila. Kotak tisu yang berada dibelah nya itu dibaling ke arah dua ekor makhluk yang berada dibelakang itu. Laila yang berada di pehanya itu dipandang dengan senyuman manis.

**************************************

   Destinasi yang ditujui mereka akhirnya sampai. Perjalanan yang mengambil masa kira-kira enam belas jam itu akhirnya sampai jua. Paris, itulah tempat untuk mereka berdua bercuti.

   Alex hanya memandang sahaja wajah Laila yang gembira itu. Dia tahu Laila teringin untuk bercuti di Paris. Semua rahsia tentang Laila telah pun dicungkil dari Puan Humairah ibu kepada Laila atau paling tepat itu mertuanya itu.

    "Lets go to the hotel" kata Alex sambil merangkul pinggang Laila. Laila hanya mengikuti sahaja langkah suaminya itu dengan senyuman yang sengaja disorokkan. Percutian yang paling diimpikan. Sewaktu sekolah menengah dahulu, dia bercadang untuk ke Paris bersama bakal suaminya itu nanti. Saksi kejadian tersebut merupakan sahabatnya, Aina.

   Bodyguard nya telah pun menyediakan kereta khas untuk dirinya dan juga Laila. Manakala dua ekor makhluk yang mengikutinya pula menaiki kereta lain yang dikhaskan untuk bodyguard. Ya, mereka berdua ikuti percutian mereka bukan untuk ajak bercuti tetapi untuk menjaga keselamatannya.

   Kereta Range Rover hitam yang berada dihadapannya itu dipandang sekilas. Pintu bahagian penumpang dibuka untuk isteri kesayangannya. Laila tidak banyak bunyi. Dia terus memasuki kereta tersebut. Senyuman manis dihadiahkan buat suaminya itu.

   Selepas Laila memasuki keretanya itu dia terus berlari menuju ke bahagian pemandu. Pintu kereta dibuka dengan lembut lantas itu memasukkan dirinya ke dalam perut kereta tersebut. Wajah Laila sempat ditoleh sekilas dengan senyuman menghiasi wajahnya.

  

 

DONE✅
SORRY GUYS DAH LAMA X UPDATE.
HARAP YOU GUYS TAK MARAH AUTHOR EH ☺️
BYE 🥰

mafia psychoWhere stories live. Discover now